AirAsia bentang cadangan penukaran nama kepada Capital A Bhd

Sebaran :

AirAsia bentang cadangan penukaran nama kepada Capital A Bhd

AirAsia Group Bhd, yang merancang untuk menukar namanya kepada Capital A Bhd, akan membentangkan cadangan itu pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada 27 Januari 2022 untuk mendapatkan kelulusan para pemegang sahamnya.

Syarikat penerbangan tambang murah itu berkata, perubahan nama tersebut bertujuan untuk mempunyai identiti korporat baharu yang memberi gambaran yang lebih baik mengenai perniagaan teras kumpulan dan usaha masa depannya, seiring dengan transformasi pesat kerana ia telah melangkaui permulaannya sebagai sebuah syarikat penerbangan kepada perjalanan digital dan kumpulan perkhidmatan gaya hidup, yang terus mendapat momentum yang kukuh.

“Perubahan struktur ini akan membantu memudahkan unjuran pertumbuhan kukuh dalam perniagaan portfolio kami.



“Kami percaya bahawa nama syarikat baharu akan terus meningkat dan selaras dengan tujuan kami untuk menghubungkan orang ramai dan mengubah kehidupan, ia juga akan menetapkan nada kumpulan apabila ia berkembang ke ufuk baharu dan meredakan kebimbangan menjadi kumpulan yang secara intrinsik sebuah syarikat penerbangan,” katanya dalam pekeliling kepada pemegang saham yang dimaklumkan pada Bursa Malaysia hari ini.

Menurut AirAsia, lembaga pengarahnya selepas mempertimbangkan semua aspek cadangan pertukaran nama, berpendapat langkah itu adalah demi kepentingan terbaik syarikat.

AirAsia berkata, EGM yang dijadualkan pada 27 Januari 2022 jam 3 petang, adalah bertujuan mempertimbangkan dan, jika difikirkan sesuai, meluluskan dengan atau tanpa pengubahsuaian, resolusi khas bagi melaksanakan cadangan pertukaran nama itu.

Ia berkata EGM akan dijalankan sebagai mesyuarat secara maya sepenuhnya melalui penstriman langsung daripada platform mesyuarat dalam talian menggunakan kemudahan penyertaan dan pengundian jarak jauh (RPV) yang disediakan oleh Tricor Investor & Issuing House Services Sdn Bhd melalui laman web TIIH Online di https:/ /tiih.online.



AirAsia pada Isnin, mengumumkan bahawa ia bercadang untuk menukar namanya kepada Capital A Bhd, dan nama yang dicadangkan itu telah diluluskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan dikhaskan kepada syarikat itu pada 28 Disember 2021.

“Cadangan itu, jika diluluskan oleh pemegang saham, akan berkuat kuasa dari tarikh pengeluaran Notis Pendaftaran Nama Baharu oleh SSM kepada syarikat,” katanya dalam makluman kepada bursa pada Isnin. HM

AirAsia bentang cadangan penukaran nama kepada Capital A Bhd


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Myvi tahan lasak – Kecut Perut Lihat Pokok Tumbang Mengejut (Video)

LPPR bersih nama Azam Baki daripada salah laku pembelian saham


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *