“Hello Semua, Saya Artis, Bukan Varian Covid-19” – Omarion [VIDEO]

Sebaran :

“Hello Semua, Saya Artis, Bukan Varian Covid-19” – Omarion [VIDEO]

KEHIDUPAN penyanyi Omarion tidak tenteram sejak dunia kecoh dengan kemunculan varian baharu wabak koronavirus iaitu Omicron.

Omarion atau nama sebenarnya Omari Ismael Grandberry bukan sahaja risau dengan risiko penularan, tetapi namanya juga sering dikaitkan dengan varian virus penyebab Covid-19.

Hello semua, ini Omarion. Saya artis, bukan varian

“Jadi saya minta anda sedar bahawa jika anda bertemu saya di jalanan, tidak perlu kuarantin selama lima hari.



“Anda juga tidak memerlukan keputusan ujian negatif untuk mendengar atau menari mengikut muzik saya,” katanya menerusi sebuah video pendek di media sosial.

Penyanyi berusia 37 tahun itu turut mengucapkan selamat tahun baharu dan berharap orang ramai akan terus menjaga kesihatan mereka.

Dalam pada itu, ini bukan kali pertama namanya tercemar kerana kumpulan vokalnya B2K juga pernah mengalami nasib yang sama.



“Saya tahu terdapat banyak kekeliruan di internet sejak kebelakangan ini. Jadi peguam saya meminta saya membaca ini.

“Saya Omarion, seorang pemuzik dan penghibur bukan varian. Kali terakhir saya terpaksa melakukan perkara seperti ini pada tahun 2000 apabila orang keliru antara Y2K dan B2K,” katanya dalam video lain di Instagram.-NBC

“Hello Semua, Saya Artis, Bukan Varian Covid-19” – Omarion [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi tahan lasak – Kecut Perut Lihat Pokok Tumbang Mengejut (Video)

LPPR bersih nama Azam Baki daripada salah laku pembelian saham


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *