Adibah Noor Akui Tak Hormat Roh Lagu Hetty Koes Endang “Kalau Penyanyi Lain Hancurkan Lagu Saya..

Sebaran :

Adibah Noor Akui Tak Hormat Roh Lagu Hetty Koes Endang “Kalau Penyanyi Lain Hancurkan Lagu Saya..

TERBUKA menerima kritikan pada konsert minggu ketujuh Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), penyanyi Adibah Noor mengakui kesilapannya mengubah susunan muzik lagu Berdiri Bulu Romaku.

Adibah, 51, berkata, dia sepatutnya menghormati roh dan melodi lagu asal serta mengekalkan kemanisan lagu tersebut biarpun dalam versi dikir barat.

“Saya tidak rasa ia adalah satu kesalahan kerana saya cuba memberikan sesuatu yang berbeza. Percaturan saya adalah menyanyikan lagu itu dalam versi dikir barat. Tidak salah untuk ubah susunan muzik.



“Selepas mendengar kembali saya mula rasa salah terhadap interpretasi dan nyanyian pada malam tersebut.

Kenapa tidak kekalkan kemanisan lagu itu walau dalam versi dikir barat?

“Saya sepatutnya menghormati roh dan melodi lagu asal. Jika saya kekalkan kemanisan pasti tidak akan tersasar jauh.

Seperti mana saya bawakan lagu Jika dalam versi keroncong,” katanya pada mStar.



Pada konsert Ahad lalu, Adibah Noor menerima kedudukan tiga tercorot dengan markah 56.7 peratus.

Juri tetap program berkenaan Hetty Koes Endang selaku penyanyi asal lagu berkenaan menerusi komennya menganggap perubahan yang dilakukan Adibah dalam menyuntik elemen tradisonal kurang sesuai

Sementara itu, sebagai seorang penyanyi profesional, Adibah berkata, dia terbuka menerima kritikan dan akan lebih fokus untuk persembahan suku akhir Ahad ini.

“Saya terima 100 peratus komen yang diberikan. Saya juga ada lagu sendiri, jika penyanyi lain hancurkan lagu saya, pasti saya juga akan marah.

“Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dan tidak akan mengubah susunan. Cukuplah melakukan eksperimen sebelum ini.



Ada yang berjaya dan ada yang tidak.

“Saya sudah sampai ke peringkat suku akhir dan harus fokus kepada penyampaian yang lebih baik.

“Saya perlu berikan perhatian peringkat suku akhir untuk masuk ke separuh akhir atau peringkat akhir,” jelas Adibah.-mSTAR

Adibah Noor Akui Tak Hormat Roh Lagu Hetty Koes Endang “Kalau Penyanyi Lain Hancurkan Lagu Saya..

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Azad tanya KJ, beli peranti digital dekat Shopee ke?

Rita Rudaini pertahan KJ mengenai dos keempat


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.