Tentera dan kemelut politik

ADA pihak yang kurang berpuas hati dengan tindak balas ATM yang dikatakan mereka ‘lewat’ membantu mangsa banjir pada saat ia mula tercetus. Kegusaran ini ditangani dengan jelas oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dalam sidang media pada 21 Disember.

Dalam isu krisis banjir, kenyataan Panglima ATM dalam sidang media adalah tepat. Menurut beliau: “ATM sentiasa komited melaksanakan tugas sekundernya, terutama membantu pihak berkuasa awam yang dikoordinasikan Nadma dalam menyelamatkan mangsa terkesan akibat bencana banjir, terutama usaha memindahkan mereka ke kawasan selamat”.

Mungkin ramai yang kurang arif mengenai apakah peranan dan kuasa yang diberi kepada pihak ATM mengikut perlembagaan dalam menangani krisis sebegini atau apabila berlakunya ancaman terhadap kedaulatan negara.

Peranan dan kuasa yang diperuntukkan kepada ATM sejak tertubuhnya negara Malaysia adalah mengikut acuan negara-negara demokrasi, khususnya daripada pihak British.

Secara ringkasnya acuan ini memberikan kuasa kepada badan eksekutif, dibantu gabungan kuasa politik yang dilantik serta mekanisme birokrasi yang berkecuali. Ia meletakkan pihak tentera memainkan peranan sebagai penasihat terhad.

Pihak eksekutif dan kerajaan bertanggungjawab untuk menghasilkan draf polisi berkaitan keselamatan atau penugasan yang akan diberi pihak tentera. Secara tradisionalnya kepimpinan dan kalangan ahli politik menganggap pihak tentera mestilah bersifat strictly apolitical atau tegas berkecuali dalam politik.

Sejak akhir-akhir ini kefahaman dan persetujuan menghormati hak dan kuasa yang diperuntukkan kepada pihak tentera oleh perlembagaan agar tentera bersikap berkecuali dalam sebuah negara demokrasi dilihat semakin tercabar.

Negara-negara yang dianggap sebagai peneraju dalam konsep demokrasi berperlembagaan seperti Britain atau sebuah persekutuan republik seperti Amerika Syarikat turut terkesan.

Di Britain, wakil tentera British di peringkat eksekutif paling tinggi dikenali sebagai Chief of the Defense Staff (CDF) yang bertindak menasihati Setiausaha Pertahanan dan Perdana Menteri.

Kos Kuarantin Tu Bawah Kerajaan Atau Persendirian- Fizz Fairuz Persoal Isu Kos Umrah?

Pada 2006, CDS ketika itu, Jeneral Sir Richard Dannat mengkritik kerajaan Britain dengan mengeluarkan kenyataan bahawa Kementerian Pertahanan telah menghantar pasukan tentera ke pelbagai lokasi global sehingga ia gagal memberi sebarang manfaat strategik kerana jumlah terlalu sedikit di banyak lokasi.

Richard juga mengkritik kementerian tersebut kerana membuat perolehan berasaskan kepentingan pihak tertentu dan bukan terhadap keselamatan negara.

Beliau turut mengkritik Perdana Menteri ketika itu yang menurutnya gagal memberikan peruntukan sepatutnya kepada pihak tentera selain tidak mempunyai keberanian moral untuk berbuat demikian.

Kritikan beliau ini telah menggoncang persepsi tradisional Britain bahawa pihak tentera tidak sepatutnya mengkritik kerajaan berkuasa dan hanya berhak memberikan nasihat di belakang tabir.

Di Amerika Syarikat, kemelut pilihan raya 2020 antara bekas Presiden Donald Trump dan Joe Biden telah menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat. Enggan menerima keputusan pilihan raya dengan membuat kenyataan berulang kali bahawa beliau adalah mangsa penipuan, Trump telah cuba membangkitkan kemarahan pelampau berhaluan kanan agar merusuh.

Sejurus sebelum berlakunya serangan perusuh ke atas bangunan persekutuan di Washington DC pada 6 Januari, Ketua Turus Tentera Amerika Syarikat, Jeneral Mark Milley telah memberi amaran kepada pegawai-pegawai kanan tenteranya.

Beliau menyatakan bahawa Trump bertindak sama seperti yang dilakukan oleh pemimpin Nazi Adolf Hitler yang meniupkan semangat kebencian kepada pengikutnya dengan tujuan menumbangkan kerajaan baharu yang dilantik melalui proses demokrasi.

Beliau enggan mengikut rentak Trump dan mengekalkan sikap berkecuali tentera.

Dalam keadaan kemelut politik yang masih tidak stabil dan cabaran yang datang bertubi-tubi kepada negara, peranan yang dimainkan pihak ATM dilihat semakin kritikal.

Sebagai sebuah angkatan yang berkaliber, profesional dan mesra rakyat, tentunya tindak-tanduk ATM bakal menjadi perkara yang berada di bawah mikroskop rakyat marhaen.

Tentunya kegelisahan ialah jika ada percubaan untuk memanipulasikan ATM oleh pihak berkepentingan, khususnya daripada kumpulan yang begitu asyik dengan politik.

* Muhammad Fuad Mat Noor ialah penganalisis pertahanan dan pernah menerima anugerah Wartawan Terbaik oleh Kementerian Pertahanan Malaysia pada tahun 2003, 2004, 2006 dan 2007


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Janggut suami Heliza jadi tumpuan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker