MKT UMNO akan tentuan tarikh baru PAU 2021
Majlis Tertinggi (MT) Umno akan bermesyuarat pada 12 Jan ini bagi membuat keputusan mengenai Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang sebelum ini ditangguhkan.
Perkara itu disahkan Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan
“Ya (MT Umno akan bermesyuarat pada 12 Jan),” katanya ringkas.
Turut mengesahkan perkara itu Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan.
“Tarikh baru akan diputuskan pada 12 Jan ini dalam mesyuarat bulanan MT Umno,” katanya kepada Malaysiakini.
Mesyuarat MT Umno pada 12 Jan itu dijangka akan membincangkan tarikh baru pelaksanaan PAU 2021.
Sebelum ini, Umno membuat keputusan menangguhkan PAU 2021 yang dijadualkan pada 13 hingga 15 Jan tahun depan disebabkan bencana banjir yang berlaku di negara ini.
Ahmad memaklumkan perkara itu yang dipersetujui Presiden Ahmad Zahid Hamidi, Mohamad, Jawatankuasa Pengurusan Umno serta Ahli Majlis Kerja Tertinggi.
Katanya, Perhimpunan Agung Umno 2021 itu akan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan diberitahu kemudian.
“Umno bersama berdukacita terhadap rakyat yang terkesan kerana bencana banjir dan berharap jentera Umno dan Barisan Nasional serta kerajaan pusat dan negeri terus membantu mereka,” kata Ahmad pada ciapan di Twitter.
MKT UMNO mesyuarat 12 Jan putuskan tarikh baru PAU 2021
Baca Artikel Menarik:
- Kedai Percuma Pak Nil bantu mangsa banjir
- Kabinet 2022: Siapa Timbalan Perdana Menteri?
- Rider e-dagang mogok, dakwa kontrak baharu tidak adil
- Isteri kantoi curang 3 kali, suami lafaz talak depan anak
- Long Tiger Junior semakin ramai
- Ketegangan dalam Umno ekoran langkah kerajaan sekat pengeluaran KWSP
- Azlee Senario sebak, bagaikan tsunami saya melihatnya
- Mokhtar Senik dakwa ada arahan larang jemputnya
- Kes Mayat Reput: Tatu Bunga Mawar Warna Hitam Pada Punggung Mayat
- Al-kisah kambing dan PAS
- Emma Watson bersolidariti bersama Palestin
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Azad tanya KJ, beli peranti digital dekat Shopee ke?
You must be logged in to post a comment.