Gunung di Arab Saudi dilanda salji
Gunung di Arab Saudi dilanda salji
Sebuah gunung di Arab Saudi, Jabal al-Lawz, Tabuk diseliputi salji sejak awal pagi Sabtu lalu, sekali gus menarik penduduk setempat ke wilayah itu.
Salji agak tebal kali ini berikutan gunung setinggi lebih 2,500 meter di wilayah barat laut Arab Saudi berhampiran sempadan Jordan di wilayah Tabuk, kira-kira 200 kilometer (km) ke barat laut bandar Tabuk dilanda cuaca sejuk melampau dan hujan.
Keadaan gunung yang bertukar putih itu menyebabkan ramai tertarik dengan kehadiran salji itu, dengan kanak-kanak tidak melepaskan peluang bermain salji dan mengambil gambar yang dikongsi di media sosial.
Ramai pengguna media sosial terkejut dengan kehadiran salji di Arab Saudi walaupun kawasan berkenaan sememangnya bercuaca sejuk.
Menurut saluran stesen televisyen satelit Al-Ekhbariya, salji terus turun sehingga semalam manakala Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) Arab Saudi menyatakan bahawa ribut petir akan melanda beberapa wilayah sehingga hari ini.
Menurut NCM lagi, ribut petir serta hujan dan hujan batu dijangka berlaku di Makkah, Al Bahah, Riyadh, Al Qassim dan beberapa kawasan lain.
Susulan perkembangan itu, NCM mengeluarkan ramalan ribut petir dalam beberapa hari seterusnya disertai angin kencang di Asir, Jazan, Al-Madinah, Hail, sempadan utara dan Al-Jawf serta wilayah Tabuk, di mana lebih banyak salji dijangka turun.
Selain itu, salji juga dijangka memenuhi kawasan di Jabal al-Lawz serta pergunungan Al Dhahr dan Alqan pada awal Ahad, dengan suhu dijangka turun di bawah 0° Celsius.
Dengan perkembangan itu, Pertahanan Awam Arab Saudi menggesa pelawat dan penduduk Tabuk supaya berwaspada dalam keadaan penglihatan yang terhad dan kemungkinan hujan lebat serta guruh dijangka berterusan sehingga Isnin.
Pada tahun lalu dan 2019, wilayah Tabuk turut diselimuti salji akibat suhu terlampau sejuk.
Pada 25 November lalu, beberapa wilayah di utara Arab Saudi juga dilitupi salji, sebahagian besarnya di Qurayyat, di mana penurunan suhu ketara dicatatkan. BH
Gunung di Arab Saudi dilanda salji
Baca Artikel Menarik :
- Banjir: Sempat berpaut pokok, motosikal lesap
- Rombakan kabinet hanya spekulasi, tapi peringatan buat menteri – Sumber
- Ustaz Uwais Qorny catat Malaysia Book of Records
- Jual tanah beli ikan koi RM300,000
- Rosyam Nor, makin tua makin hebat
- Tan Cheng Hoe letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya
- Khalid Samad kecewa ‘khemah besar pembangkang’ gagal libatkan UMNO
- Tangguh umrah, macam nak buat dosa
- Eyka Farhana kena kecam , pakai baju ‘tak cukup kain’
- Sharnaaz kena tempias kerana janggut suami Heliza
- Gred markah dinaikkan selepas pensyarah panggil ‘sayang’
Layari Laman Facebook MYKMU</a