Ebby Yus sambut baik plan Bantuan Bencana Banjir Keluarga Malaysia

Ebby Yus sambut baik plan Bantuan Bencana Banjir Keluarga Malaysia

PELAWAK Ebby Yus menyambut baik pengumuman Bantuan Bencana Banjir Keluarga Malaysia yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada perutusan tahun baharu 2022, kelmarin.

Bantuan itu disediakan kerajaan kepada mangsa banjir yang rumah mereka musnah dan tidak boleh diduduki untuk dibantu pembinaan kediaman dengan kos sehingga RM56,000 bagi setiap unit rumah dibina baharu.

Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid berkata, pengumuman terbabit sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung mangsa banjir.

“Memang satu tindakan yang baik dan bagus daripada Perdana Menteri yang mana jika kerajaan mahu menghulurkan bantuan.

“Saya pun tidaklah mengharapkan mendapat bantuan penuh tapi sekurang-kurangnya jika diberi separuh daripada kos pembinaan yang kita buat rumah itu pun dah syukur.

“Ditambah bagi mangsa banjir yang sudah kehilangan rumah. Macam situasi saya, lagilah tanah dihakis dan separuh daripadanya sudah masuk ke dalam sungai.

“Jadi, kalau diikutkan agak memakan belanja besar kerana nak kena ukur dan tambak tanah itu semula,” katanya.

Menurut Ebby, bantuan yang diumumkan kerajaan itu dilihat dapat membantu mangsa banjir terutama mereka yang kehilangan rumah untuk memulakan semula kehidupan.

Terdahulu, Ebby mengalami kerugian lebih RM200,000 apabila rumah baharu dibinanya di Kampung Paya Lebar, Hulu Langat sejak empat tahun lalu musnah sepenuhnya dalam banjir pada 18 Disember lalu.

Kediaman dua tingkat yang dibina Ebby di atas tanah dibeli secara kongsi bersama abangnya itu dibangunkan berperingkat mengikut modal yang dikumpul dari hasil kerjaya seninya.

Malah, rumah impian Ebby itu hanya tinggal 10 peratus saja lagi untuk siap sepenuhnya dan dia juga sudah merancang masuk tinggal di situ pada bulan ini.

Ebby berkata, kawasan tanah yang tinggal tidak terkena hakisan banjir itu kini hanya suku saja iaitu bilik air dan setor yang selamat kerana berada di kawasan luar, manakala rumah ranap habis dibawa arus ketika kejadian banjir itu. Utv

Ebby Yus sambut baik plan Bantuan Bencana Banjir Keluarga Malaysia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aliff Syukri gila publisiti tapi realitinya lain

Janggut suami Heliza jadi tumpuan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker