Tiada siapa desak letak jawatan

TAN Cheng Hoe tampil bersuara berhubung keputusannya meletakkan jawatan sebagai pengendali Harimau Malaya seperti mana yang diumumkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Isnin.

Menurut Cheng Hoe, beliau tidak didesak oleh mana-mana pihak untuk melepaskan jawatannya itu sebagai satu bentuk hukuman atas kegagalan skuad kendaliannya pada Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura baru-baru ini.

Malah, pengendali berusia 53 tahun dari Kedah itu menjelaskan, beliau tidak dijadikan ‘kambing hitam’ bagi menutup kegagalan Harimau Malaya yang gagal melepasi peringkat kumpulan pada edisi kali ini.



“Bukan mudah buat keputusan yang drastik (letak jawatan) sepanjang karier saya sebagai jurulatih. Ia (keputusan meletakkan jawatan) daripada isi hati saya.

“Saya tak rasa saya ‘dikambinghitamkan’, sudah pasti saya ambil itu sebagai cabaran kerana sebagai jurulatih, memang kita nak sasar sesuatu dan kalau saya gagal, sebab itulah saya letak jawatan.

“Dalam bola sepak pemain datang dan pergi, jurulatih juga datang dan pergi, itu sebab saya ambil keputusan untuk kebaikan bola sepak terutama pasukan negara,” katanya ketika temu bual dengan sebuah stesen televisyen swasta, ASTRO Arena pada Isnin.

Pada masa sama, Cheng Hoe berterima kasih kepada barisan pengurusan FAM dan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim serta penyokong yang banyak memberikan sokongan kepadanya.



“Detik yang paling saya suka ialah apabila para penyokong membanjiri Stadium Nasional, Bukit Jalil. Ia menjadi sumber inspirasi buat saya dan para pemain.

“Saya lihat ramai yang memberi kritikan kepada saya dan saya faham mereka sayang kepada bola sepak Malaysia terutamanya skuad Harimau Malaya.

“Saya terima semua kritikan tersebut dan menjadikan ia sebagai satu cabaran. Selepas ini, saya ingin melihat skuad negara menjadi yang terbaik di rantau Asia,” jelasnya.

Tiada siapa desak letak jawatan




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tan Cheng Hoe letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker