Nyaris Maut Motosikal Ysuku Terjunam Dalam Sungai

Nyaris Maut Motosikal Ysuku Terjunam Dalam Sungai

PENDANG: Seorang lelaki nyaris mati lemas selepas motosikal Yamaha Y150 yang ditungganginya terbabas lalu terjunam masuk ke dalam sungai di Jalan Tokai, Kampung Kepala Parit Dalam, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 12.35 tengah hari itu, mangsa yang berusia 27 tahun, bagaimanapun, berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing sungai.



Mangsa mengalami kecederaan di kaki selain luka di tangan dan muka.

Ketika kejadian, mangsa dipercayai cuba mengelak kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan sebelum gagal mengawal motosikal sehingga terjunam ke dalam sungai.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang, Penolong Penguasa Bomba Mohd Ezzat Emran Ezzani berkata, sebaik menerima panggilan berhubung kejadian sepasukan anggota dan pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba mendapati mangsa berada di tebing sungai berkenaan dalam keadaan mengerang kesakitan.

“Bantuan rawatan awal diberikan Unit EMRS sebelum mangsa di hantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.



Nyaris Maut Motosikal Ysuku Terjunam Dalam Sungai

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aliff Syukri gila publisiti tapi realitinya lain



Janggut suami Heliza jadi tumpuan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker