Banjir: Kerja pembersihan di lima negeri 91 peratus selesai – PM

Banjir: Kerja pembersihan di lima negeri 91 peratus selesai – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu bahawa kerja-kerja pembersihan bagi lima buah negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pahang dan Melaka telah 91 peratus selesai.

Beliau berkata, kerja-kerja pembersihan di Selangor telah selesai 82 peratus, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (100 peratus), Negeri Sembilan (95 peratus), Pahang (77 peratus) dan Melaka 100 peratus sempurna.



“Dana sejumlah RM50 juta telah diperuntukkan kepada 32 pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi kerja-kerja pembaikan infrastruktur, kemudahan awam, sosio ekonomi dan keselamatan.

“Kerja-kerja baik pulih dan pembinaan rumah baharu melibatkan 32 PBT menerima peruntukan sebanyak RM50 juta,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, beliau mempengerusikan Mesyuarat Khas Task Force Pengurusan Pasca Banjir Bencana Monsun Timur Laut 2021/2022 dan menerima taklimat status tindakan daripada enam kluster yang ditubuhkan bagi mengurus inisiatif Pasca Banjir Bencana Monsun Timur Laut 2021/2022.

Antara yang hadir ke mesyuarat tersebut ialah Menteri-menteri Besar, Ketua-ketua Menteri, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Ketua Setiausaha Negara, Ketua-ketua Setiausaha Kementerian, Setiausaha Kerajaan Negeri, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara dan Ketua Pengarah agensi-agensi berkaitan.



Sementara itu, Ismail Sabri berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) akan dilaksanakan sejurus selepas Monsun Timur Laut tamat bagi membincangkan pelan jangka pendek dan jangka panjang pengurusan banjir negara.

“Bagi meningkatkan tahap perlindungan infrastruktur saliran dan pantai, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mencadangkan peningkatan tahap perlindungan/kala ulangan reka bentuk infrastruktur saliran dan pantai daripada 100 tahun Average Recurrence Interval (ARI) kepada 200 tahun ARI,” katanya.

Ujar beliau, antara cadangan penambahbaikan oleh Jabatan Meteorologi meliputi Sistem Amaran Siren Banjir Berpusat di koordinasi oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

“Contoh di Sri Muda, siren amaran telah dibunyikan sebagai amaran kepada penduduk.



“Kerajaan juga akan menambahkan lagi jumlah siren yang dilengkapi amaran suara di lokasi-lokasi berisiko untuk mengarahkan penduduk berpindah,” katanya. K Online

Banjir: Kerja pembersihan di lima negeri 91 peratus selesai – PM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Aliff Syukri gila publisiti tapi realitinya lain

Janggut suami Heliza jadi tumpuan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker