Mayat Wanita Sudah Reput Ditemukan Di Dalam Tasik Putrajaya

Mayat Wanita Sudah Reput Ditemukan Di Dalam Tasik Putrajaya

PUTRAJAYA: Mayat wanita yang sudah reput dan busuk ditemukan di dalam sebuah tasik berhampiran Sky Ride Presint 2 di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata pihaknya menerima panggilan orang awam yang menjumpai mayat itu kira-kira 6.55 petang.



“Pemeriksaan awal pasukan forensik mendapati keadaan mayat telah kembung, reput, kulit terkupas dan berbau busuk, bahagian kemaluan si mati didapati reput dan terurai daripada badan manakala rambut juga telah tertanggal,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata mayat juga ditemukan dalam keadaan telentang, berpakaian lengkap dan dipercayai berada di dalam air lebih kurang dua ke tiga hari.

“Pakaian mangsa ialah blazer berwarna hitam, kemeja-T berwarna biru, skirt mini jean berwarna hitam dan tali pinggang pada skirt berlogo Versace, mangsa turut memakai tiga bentuk cincin dan gelang tangan,” katanya.

A. Asmadi berkata ketinggian wanita itu kira-kira 160 sentimeter namun taraf kewarganegaraannya dan umur masih belum dapat dipastikan dan memohon orang ramai atau waris yang kehilangan ahli keluarga atau saksi kejadian tampil membantu siasatan.

Beliau berkata mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Putrajaya untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan awal sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu laporan bedah siasat dan pengesanan identiti.

Katanya, orang awam terutama ahli keluarga yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian serta mangsa diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya menerusi talian 03-88862145 atau pegawai penyiasat (IO) Insp Hafiza 019-8926572.- BERNAMA

Mayat Wanita Sudah Reput Ditemukan Di Dalam Tasik Putrajaya



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya

Diva AA Perli Isu Majlis Perkahwinan Kamal dan Uqasha



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker