Bantuan Banjir Keluarga Malaysia Komitmen Kerajaan Pelihara Masa Depan Rakyat Dan Negara – Shahril

Bantuan Banjir Keluarga Malaysia Komitmen Kerajaan Pelihara Masa Depan Rakyat Dan Negara – Shahril

Pengumuman Bantuan Banjir Keluarga Malaysia oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  memperlihatkan bahawa kerajaan sedang berusaha mengimbangi antara keperluan mendesak semasa serta tanggungjawab dalam memelihara masa depan rakyat dan negara, kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan.

Jelas beliau, bantuan yang diumumkan itu mampu meliputi semua mangsa banjir termasuk mereka yang bukan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau yang telah mengeluarkan caruman melalui tiga skim sebelum ini iaitu iLestari, iSinar, iCitra sehingga RM19,500 seorang.

“Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang disenaraikan malam tadi jelas memberi alternatif kepada cadangan lain mahupun usaha-usaha yang telah diumumkan. Sebelum ini timbul kekhuatiran bahawa antara tawaran yang telah diumumkan lebih awal, iaitu pinjaman daripada Tekun dan Bank Simpanan Nasional (BSN)

“Walaupun pada kadar kosong peratus faedah dan moratorium automatik, akan menambah hutang mangsa banjir. Ternyata pandangan ini telah diambil kira dan kali ini sebagai tambahan kerajaan tampil dengan bantuan-bantuan berbentuk suntikan perbelanjaan dari kerajaan bukannya simpanan pencarum sendiri.

“Jumlah bantuan tunai dan baucar tunai kepada mangsa banjir juga mencecah RM10,000 malah amaun lebih besar daripada itu jika malangnya ada kerosakan kediaman yang serius atau kemusnahan kediaman. Ini menjadikan jumlah bantuan langsung dari kerajaan kepada sesebuah isi rumah yang terkesan boleh bernilai sehingga sebanyak RM61,000.
Sekaligus ia mengelak mangsa banjir yang masih mempunyai simpanan KWSP perlu terus meminjam dari masa depan sendiri dan terlepas peluang pendapatan dividen tahunan KWSP tersebut,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Sementara itu, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu juga tertarik dengan perancangan yang ditekankan semula oleh Perdana Menteri berkenaan keutamaan tahun 2022 sebagai tahun merancakkan kembali ekonomi makro dan ekonomi rakyat.

“Membina atas beberapa tanda-tanda positif mutakhir ini seperti peningkatan FDI, pengurangan pengangguran, kenaikan nilai jualan borong dan runcit, dan sebagainya. Semoga segala perencanaan yang mengambilkira segenap suara dan sudut dapat dilaksanakan secepatnya serta sebaiknya, bagi memberi sinar baru kepada rakyat dan negara.

“Mudah-mudahan, penularan varian Omicron juga dapat diurus supaya merealisasikan harapan kebangkitan ekonomi dunia dan khususnya negara Malaysia pada tahun 2022. Tidak dinafikan, timbul keresahan akibat angka-angka penularan dan kebolehjangkitan tinggi yang disaksikan di negara lain sehingga melepasi rekod-rekod sebelum ini. Misalnya, Amerika Syarikat 589,000 kes harian baru, Perancis 206,000 dan United Kingdom 188,000.

“Namun, kita juga wajar mengambil maklum petanda awal dari negara lain turut menggambarkan bahawa varian ini mungkin tidak ‘seganas’ varian lain, dengan kadar kemasukan hospital dan kematian lebih rendah daripada sebelumnya. Sama-sama kita berdoa bahawa buat negara kita, cabaran ini serta ujian lain dapat terus dikendali dan didepani bersama dengan sebaiknya,” ujar beliau. – UMNO Online

Bantuan Banjir Keluarga Malaysia Komitmen Kerajaan Pelihara Masa Depan Rakyat Dan Negara – Shahril

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya

Diva AA Perli Isu Majlis Perkahwinan Kamal dan Uqasha

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker