Selepas Bonda Rozita ‘Sound Direct’ Aliff Syukri Berlakon Nazak, Isterinya Positif Covid-19 [VIDEO]

Sebaran :

Selepas Bonda Rozita ‘Sound Direct’ Aliff Syukri Berlakon Nazak, Isterinya Positif Covid-19 [VIDEO]

BERITA usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri yang dijangkiti Covid-19 setelah pulang dari Turki mengundang persoalan ramai tentang kesahihannya kerana dianggap hanya gimik.

Enggan berdiam diri tentang isu kesihatannya, Aliff akhirnya berkongsi salinan laporan perubatan daripada sebuah hospital di Damansara.

Lebih menguatkan dakwaan dia sememangnya positif virus maut itu, isterinya pula iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid turut mengaku dia dijangkiti Covid-19 pada lewat petang Khamis



“Ramai menanti. Baru dapat result petang ni. Kontak rapat, saya pun positif. Alhamdulillah anak-anak semua sihat.

“Doakan saya cepat sembuh,” kata Nur Shahida menerusi perkongsian di Instagram.

Pada Rabu Aliff mengundang simpati dan keresahan ramai apabila memaklumkan dia dimasukkan ke hospital akibat dijangkiti Covid-19 tahap tiga selain memohon maaf kerana bimbang usianya tak panjang.

Namun ibu Aliff yang juga usahawan terkenal, Rozita Ibrahim menegur anaknya itu yang dilabel sebagai ‘raja viral’ kerana menjaja tentang isu kesihatan bagi meraih simpati ramai



“Mak geram dengan kau Kri (Syukri), memang Covid-19 tahap 3 tapi dah sembuh.

“Dok sana (hospital) seorang diri jangan bagi orang risau. Dah sembuh pun, tak payah nampak nazak sangat. Dah sihat pun post macam nazak,” katanya.

Tambah Rozita yang turut sama dalam percutian ke Turki pada 15 Disember lalu, dia tidak bersetuju dengan perbuatan anaknya itu hingga menimbulkan kebimbangan ramai.

“Posting minta maaf kat netizen. Habis kat mak tak nak minta maaf? Sebelum minta maaf kat netizen, baik minta maaf kat mak dulu.



“Kau jangan nak poyo sangat Syukri, kau jangan cari masalah,” luahnya lagi.

VIDEO DIBAWAH:-

Dalam pada itu Aliff turut membalas bebelan Rozita dan berkata hatinya terluka dengan tindakan ibunya itu.

“Sampai hati mak cakap macam tu, mak tak kesian dengan kita ke? Hati saya terluka,” katanya-mSTAR

Selepas Bonda Rozita ‘Sound Direct’ Aliff Syukri Berlakon Nazak, Isterinya Positif Covid-19 [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya

Diva AA Perli Isu Majlis Perkahwinan Kamal dan Uqasha


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *