Suhu Badan Kerap Turun Naik, Anak Pelakon Ain Edruce Disahkan Jangkiti Parainfluenza

Sebaran :

Suhu Badan Kerap Turun Naik, Anak Pelakon Ain Edruce Disahkan Jangkiti Parainfluenza

HATI ibu mana yang tak bimbang apabila anak tersayang yang baru berusia tujuh bulan mengalami demam panas sehingga 39 darjah.

Menurut pelakon Ain Edruce, lebih merisaukan apabila doktor memaklumkan anak perempuannya yang bernama Soraya dijangkiti virus Parainfluenza dan terpaksa ditahan wad sejak Rabu lalu.

Ain muat naik keadaan anaknya di Instastory.

Berkongsi perkembangan kesihatan anaknya selepas tiga hari dirawat di Pusat Perubatan Sunway, Petaling Jaya, atau nama sebenarnya Nurulain Edruce, 30, berkata doktor hanya memantau keadaan Soraya memandangkan tiada ubat untuk virus tersebut.



“Dia mula batuk dan selsema pada Rabu. Masa dia bangun tidur tengah hari itu suhu badan dia naik sehingga 39. Saya dan suami terus bawa ke unit kecemasan.

“Soraya terpaksa ditahan wad dan ambil darah. Doktor maklumkan Soraya dijangkiti Parainfluenza… tapi bukan Influenza.

“Virus ini tak ada ubat untuk dia. Apa yang doktor boleh buat, pantau keadaan suhu badan, batuk dan selsema,” kata Ain ketika dihubungi mStar.

Terdahulu, pelakon sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) ini berkongsi video memperlihatkan anaknya berada di sebuah hospital.



Sementara itu, Ain yang juga seorang pengacara televisyen memberitahu suhu badan anaknya agak sering turun naik.

Berharap keadaan Soraya cepat sembuh, Ain berkata anaknya berkemungkinan akan dibenarkan pulang ke rumah pada Sabtu

Ain bersama anak dan suaminya, Muhammad Amirul Hafiz.

“Pagi tadi doktor periksa suhu badan dah turun tapi tengah hari naik balik. Suhu badan dia kejap naik, kejap turun.

“Insya-Allah kalau keadaan dia semakin baik, esok dah dibenarkan pulang. Harap semua boleh doakan Soraya cepat sembuh,” ujarnya.



Untuk rekod, Ain berkahwin dengan ahli perniagaan, Muhammad Amirul Hafiz, 28, pada 13 Disember 2019 dan dikurniakan cahaya mata, Soraya pada 19 Mei lalu.-mSTAR

Suhu Badan Kerap Turun Naik, Anak Pelakon Ain Edruce Disahkan Jangkiti Parainfluenza

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Balqis rayu dana untuk selamatkan Ariq Rizqy

Aliff Syukri mohon maaf bimbang umur tidak panjang


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.