Netanyahu macam Hitler – Erdogan

Netanyahu macam Hitler – Erdogan

ANKARA: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menyelar rejim Zionis pimpinan Benjamin Netanyahu yang berterusan melakukan kekejaman ke atas rakyat Palestin dengan menyamakan Perdana Menteri Israel itu dengan Adolf Hitler.

Erdogan juga menyamakan serangan Israel ke atas Gaza dengan layanan Nazi terhadap orang Yahudi.



Erdogan berkata, kekejaman yang dilakukan Netanyahu tiada bezanya dengan yang dilakukan diktator Nazi Jerman, Hitler.

Erdogan berkata demikian ketika berucap pada acara di Ankara, pada Rabu, turut mengulangi kritikannya berkaitan sokongan Barat terhadap Israel dan berkata, Turki bersedia untuk mengalu-alukan ahli akademik dan saintis yang menghadapi penganiayaan kerana pandangan mereka terhadap konflik di Gaza.

“Tiada beza apa yang dilakukan Netanyahu dengan Hitler. Adakah apa yang dilakukan Netanyahu kurang daripada Hitler? Dia menerima sokongan dari Barat. Pelbagai sokongan datang dari Amerika Syarikat.

“Dengan semua sokongan ini, apa yang mereka lakukan kepada lebih 20,000 penduduk Gaza? Mereka membunuh rakyat Gaza,” kata Erdogan. AFP



Netanyahu macam Hitler – Erdogan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah sudah disunting?



Pelakon biadap, rasa diva sebab ramai followers – Kismah Johari

Muhammad nama paling popular di UK bagi tahun 2023



Aplikasi Al-Inarah menjawab segala kemusykilan agama anda



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker