Menyulam Cinta Selama 10 Tahun , Wanita OKU Ini Tak Sangka Suami Terimanya Seadanya..[VIDEO]
Menyulam Cinta Selama 10 Tahun , Wanita OKU Ini Tak Sangka Suami Terimanya Seadanya..[VIDEO]
“SAYA bersyukur kepada Allah kerana dia lelaki yang dipilih menjadi jodoh saya”
Demikian kata Aida Fazira Mohd Alias @ Ayit, seorang wanita dengan status Orang Kelainan Upaya (OKU) ketika bercerita mengenai kisah pernikahannya dengan jejaka pilihan, Mohd Faridzal Idris.
VIDEO DIBAWAH:-
Pernikahan pasangan ini menjadi perhatian selepas video yang memaparkan Aida Fazira didukung oleh abangnya sebelum diserahkan kepada suaminya dalam majlis perkahwinan, menjadi tular di media sosial.
Video tersebut nyata mengundang rasa sebak netizen yang terharu melihat penyatuan pasangan ini meskipun pengantin perempuan serba kekurangan.
Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang senang disapa sebagai Aida berkata, dia sememangnya dilahirkan dengan kecacatan fizikal pada kedua-dua kaki dan tangan.
“Selepas video tu viral, ramai tanya, Aida lumpuh ke? Saya memang dari lahir OKU fizikal. Kaki kanan memang tak ada, kaki kiri ada tapi pendek dan sangat kecil.
“Manakala jari pada dua belah tangan pun tak sempurna. Saya memang tak boleh berjalan sendiri dan memerlukan bantuan kerusi roda untuk bergerak.
“Memang susah pada awalnya. Selalu kena ejek juga dulu tapi arwah emaklah yang bagi kata-kata semangat. Arwah emak jaga kami sembilan beradik dan terapkan kasih sayang selepas arwah ayah meninggal dunia ketika saya berumur empat tahun.
Aida berkenalan dengan suaminya 10 tahun lalu.
Pada 2016, arwah emak pula meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Adik beradiklah yang banyak jaga saya selepas itu.
Kami sangat rapat dan sebab itulah, masa saya bernikah, mereka sedih kerana terpaksa lepaskan adik istimewa mereka ke tangan suami pula,” ujar wanita berusia 27 tahun ini.
Berkongsi kisah perkenalannya dengan suami, Aida berkata mereka berdua mula mengenali satu sama lain menerusi media sosial pada 2011.
Bermula sebagai kawan biasa, Aida berkata dia sama sekali tidak meletakkan harapan kerana menyedari dirinya yang serba kekurangan.
“Sebelum bertemu suami, saya pernah berkenalan dengan lelaki lain tapi apabila saya berterus terang mengenai keadaan saya, dia tak dapat terima. Jadi bila kenal dengan suami, saya tak letak harapan pun.
Aida mengalami kecacatan fizikal sejak lahir
“Kami hanya berhubung menerusi chat di media sosial. Mula-mula saya menolak bila dia minta nombor telefon, tapi entah mengapa hati saya kembali terbuka.
“Kami berkawan seperti biasa hinggalah suami mahu hubungan itu lebih serius. Saya pun berterus terang mengenai keadaan saya dan dia tak percaya hinggalah kami bertemu pertama kali dengan ditemani rakan.
“Selepas pertemuan itu, Alhamdulillah, dia tetap menerima dan mahu teruskan hubungan kami. Bila dia melamar, saya beberapa kali tanya dan minta dia fikir betul-betul. Sebab ramai lagi perempuan lain namun jawapannya tetap sama.
Penerimaannya membuatkan saya terharu,” katanya yang juga seorang pereka grafik di sebuah syarikat percetakan di Kuala Lumpur.
Menurut Aida yang juga anak kelapan daripada sembilan beradik, dia turut bersyukur kerana keluarga mentua turut menerima dirinya seadanya.
“Selain itu, apa yang membuatkan saya yakin, suami seorang yang sangat baik hati, penyabar dan sangat ambil berat.
“Untuk suami, terima kasih kerana terima saya seadanya. Lepas akad nikah, jujurnya saya sebak sangat bila lihat wajahnya.
Selama 10 tahun, saya hanya berkawan dengan seorang lelaki saja. Saya percaya semuanya sudah tertulis,” katanya yang berasal dari Teluk Intan, Perak ini.
Aida sebelum ini pernah mendapat liputan media kerana kejayaannya menggenggam segulung ijazah.
Mengakui terharu dengan ucapan serta doa netizen, Aida dalam pada itu turut menitipkan pesanan buat mereka yang juga sama seperti dirinya.
“Jangan putus asa dalam perhubungan. Kadang ada sesetengahnya bila putus cinta, terus putus asa. Kita kena percaya ajal, maut, jodoh dan rezeki di tangan Allah,” katanya lagi.
Sehingga kini video yang dimuat naik di TikTok meraih melebihi 6.4 juta jumlah tontonan.-mSTAR
Menyulam Cinta Selama 10 Tahun , Wanita OKU Ini Tak Sangka Suami Terimanya Seadanya..[VIDEO]
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik :
- Air terjun Lata Berangin deras menggerunkan (Video)
- Amaran hujan tahap bahaya di 8 negeri hingga Ahad ini
- Kelah merah RM3,100 rezeki pasca banjir
- Anzalna sebak ganti Siti Sarah
- Waspada dengan kecurian data daripada RFID
- Taufan badai Malaysia bukan lagi lawak, waspadalah
- Banjir Pahang: Timbunan kayu bukan sisa balak
- Padah tumbuk muka isteri hingga koyak hidung
- Banjir, 10 jam duduk atas bumbung dengan kucing dan ular sawa
- Tertinggal isteri selepas isi minyak (Video)
- Hishammuddin ucap penghargaan buat Sharifah Shahirah
Layari Laman Facebook MYKMU</a