Pesakit dijangkiti varian Omicron di Indonesia alami masalah beku

Sebaran :

JAKARTA – Sebilangan pesakit yang dijangkiti varian SARS-CoV-2 B.1.1.529 atau varian Omicron di Indonesia mengalami keadaan hiperkoagulopati atau masalah darah beku, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia kelmarin.

Hiperkoagulopati adalah keadaan tersumbat pada pembuluh darah yang mengganggu proses pertukaran oksigen.

Ketua Gerak Kerja Penyakit Berjangkit Baru Muncul dan Muncul Semula di Hospital Penyakit Berjangkit, Dr. Sulianti Saroso berkata, pihaknya mengesahkan terdapat beberapa kes pesakit di negara itu yang melibatkan varian Omicron mengalami keadaan tersebut.

“Kami perlu memaklumkan bahawa ada beberapa kes yang disahkan sebagai varian Omicron yang mempunyai komorbiditi, di mana kami melihat terdapat tanda-tanda hiperkoagulopati mula muncul, walaupun pesakit itu tidak bergejala,” katanya.



Sementara itu, Sulianti berkata, pihaknya telah merawat beberapa pesakit sama ada yang telah disahkan atau disyaki dijangkiti varian Omicron daripada beberapa pemeriksaan yang diperoleh menerusi ujian ‘S Gene Target Failure’ (SGT).

Majoriti pesakit disahkan positif varian itu tanpa gejala dengan beberapa kes turut mengalami gejala ringan seperti batuk, hidung berair dan demam.

Kementerian Kesihatan Indonesia sehingga 29 Disember lalu menyatakan bahawa terdapat 68 kes Omicron di negara itu dengan kebanyakannya adalah kes import melibatkan 60 warga Indonesia yang melancong ke luar negara, tujuh warga asing dan satu kes penularan tempatan di Jakarta. – AGENSI

Pesakit dijangkiti varian Omicron di Indonesia alami masalah beku




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Balqis rayu dana untuk selamatkan Ariq Rizqy

Aliff Syukri mohon maaf bimbang umur tidak panjang


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *