Amaran hujan tahap bahaya di 8 negeri hingga Ahad ini
Amaran hujan tahap bahaya di 8 negeri hingga Ahad ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di lapan buah negeri sehingga 2 Januari nanti.
MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, amaran hujan berterusan tahap bahaya dikeluarkan bagi negeri Kelantan iaitu melibatkan daerah Jeli sehingga esok.
“Sementara itu, hujan lebat berterusan tahap buruk pula dijangka melanda daerah Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang sehingga 1 Januari.
“Keadaan sama juga diramalkan berlaku di Terengganu melibatkan daerah Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.
“Manakala di Pahang, daerah Jerantut, Maran, Kuantan dan Pekan turut dikenakan amaran sama,” katanya di sini hari ini.
Tambah kenyataan itu, MetMalaysia memaklumkan amaran hujan berterusan tahap waspada juga dijangka berlaku 1 Januari 2022 di seluruh negeri Perlis.
“Keadaan sama juga dijangka berlaku di Kedah melibatkan Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling.
“Manakala cuaca sama juga boleh melanda daerah Hulu Perak di Perak,” ujarnya.
Sementara itu, keadaan tersebut juga diramalkan melanda beberapa daerah di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.
“Manakala cuaca sama juga dijangka berlaku di Terengganu melibatkan daerah Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang).
“Di Pahang juga, kawasan seperti Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Rompin turut diberikan amaran tersebut. Amaran sama juga diberikan kepada keseluruhan negeri Johor,” tambahnya.
Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah melibatkan Pantai Barat (Ranau), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat sehingga 2 Januari 2022. K Online
Amaran hujan tahap bahaya di 8 negeri hingga Ahad ini
Baca Artikel Menarik :
- Lagu ciptaan Faizal dirakam semula bintang pop China
- Jebat JD, pegawai polis disiasat dedah maklumat tangkapan Long Tiger
- Banjir serentak mulai Jumaat ini dijangka di Pantai Timur
- Shahidan sindir yang minta i-Citra tak turun pun bantu
- Rider Terbang Dilanggar Honda CR-V (Video)
- Lelaki dikecam susahkan pengusung keranda (Video)
- Curi RM25 juta: Pegawai kanan SPRM ditahan di penjara
- Hugo Maradona meninggal dunia setahun selepas Diego
- Jual kereta terpakai dengan harga RM1
- Isteri Atu Zero Geram Servis AirAsia Teruk?
- Suri rumah dicabul dekat parkir kereta Tamarind Square
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Nabil sebak mangsa banjir ketuk cermin kereta kelaparan