Abang Viva ucap terima kasih kerana dianggap hero orang Melaka

Terima kasih anggap saya hero orang Melaka, kata ‘Abang Viva’

Azwan Omar yang dikenali sebagai “Abang Viva” mengucapkan terima kasih atas penghormatan yang diberikan oleh Ketua Menteri Melaka, Sulaiman Md Ali kerana menganggap beliau hero orang Melaka.

Katanya, beliau sudah pulang ke Melaka selepas membantu mangsa banjir di Pahang.



Bagaimanapun, beliau bersiap sedia menghulurkan bantuan sekali lagi jika negeri lain dilanda banjir.

“Saya berterima kasih atas penghormatan daripada Ketua Menteri Melaka.

“Tak ada nak komen banyak,” katanya ringkas.

Kisah Azwan tular di media sosial kerana beliau sanggup meredah kepayahan dari Melaka ke Selangor untuk menyelamatkan mangsa banjir minggu lalu dengan berbekalkan wang RM50 untuk mengisi minyak kereta dan membeli makanan dengan menggunakan kereta Perodua Viva untuk mengangkut sebuah bot di atas bumbung kereta itu.



Susulan itu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada Isnin mengucapkan tahniah serta memberi penghormatan kepada Azwan kerana membantu mangsa banjir di Selangor dan Pahang.

Ketika membentangkan Bajet 2022 Melaka Sulaiman berkata, beliau tersentuh dengan tindakan operator mesin berusia 29 tahun itu yang sanggup mengambil cuti daripada majikannya untuk menyelamatkan mangsa banjir di negeri lain. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Terima kasih anggap saya hero orang Melaka, kata ‘Abang Viva’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Kamal tak kisah Uqasha peluk Michael Ang ke?

Nabil sebak mangsa banjir ketuk cermin kereta kelaparan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker