Jeli kembali dilanda banjir

Jeli kembali dilanda banjir

Hujan lebat berterusan sejak malam semalam menyebabkan beberapa kawasan di daerah Jeli, Kelantan, kembali dilanda banjir.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga jam 1.00 petang tadi, sebanyak enam pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.



Ia membabitkan pemindahan seramai 561 mangsa yang ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kesedar Sungai Satan, Dewan Kesedar Lakota, Sekolah Kebangsaan Lubok Bongor, Masjid Gemang, Sekolah Kebangsaan Kuala Balah dan Sekolah Kebangsaan Jeli 1.

Minggu lalu beberapa kawasan di Jeli sudah dinaiki air, namun tidak melibatkan jumlah mangsa yang besar.

Sementara itu, dua warga emas dan seorang wanita orang kurang upaya (OKU) yang terperangkap berjaya diselamatkan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Jeli, selepas kediaman mereka di Kampung Baru Jalan Malaysia, dinaiki air dan dipindahkan ke rumah saudara yang berada di lokasi tinggi, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohd Adni Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.00 pagi dan seramai empat anggota yang menaiki kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux ke lokasi kejadian.



Katanya, sebaik tiba, pasukan bomba mendapati air sudah memasuki rumah mangsa dan pihaknya segera memindahkan mereka.

“Pihak kita menggunakan tali untuk mengeluarkan kesemua mangsa sebelum membawa mereka menaiki Hilux untuk dibawa ke lokasi selamat.

“Paras air naik berikutan hujan lebat sejak semalam menyebabkan beberapa kampung dilanda banjir. Antara kawasan yang dinaiki air termasuk Sungai Satan, Bukit Lakota, Lubok Bongor, Pasir Dusun dan Gemang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ramalan cuaca buruk melanda beberapa negeri termasuk Kelantan.



Jajahan Jeli antara yang diramal menerima hujan berterusan pada tahap bahaya sehingga esok. Mk

Jeli kembali dilanda banjir


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Kamal tak kisah Uqasha peluk Michael Ang ke?

Nabil sebak mangsa banjir ketuk cermin kereta kelaparan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker