Rina, bantulah mangsa banjir dengan jujur

BANJIR besar yang berlaku minggu lepas di Lembah Kelang dan Pahang tambah membebankan rakyat yang memang dah terbeban.

Di tengah ancaman Covid-19, harta benda dan perniagaan pula terjejas. Oleh sebab itu Awang harap kerajaan berilah bantuan secukupnya kepada mereka yang terkesan.

Bagi pak dan mak menteri, buatlah kerja dengan baik. Jikalau nak bantu, bantulah dengan jujur. Tunjukkan rasa prihatin yang sebenar. Janganlah buat kerja untuk tujuan diambil foto atau video dan diviralkan.

Rakyat naik jemu jelak dengan lagak sesetengah orang politik yang nak gunakan kesusahan rakyat untuk promosi diri.Dalam banjir tak perlu sibuk nak bersihkan tahi burung di sekolah. Mereka yang terjejas banjir mengharung lumpur dan terpaksa membuang sekian banyak peralatan rumah.

Bantulah mereka bersihkan lumpur dan buang sampah sarap atau sediakan dan edarkan makanan.

Rakyat Malaysia dari pelbagai kaum bangkit menolong mereka yang terjejas. Macam-macam cara mereka membantu. Anak-anak muda turun ke padang.

Mereka buat kerja tanpa sesiapa yang mengarahkan. Semangat “Keluarga Malaysia” sebenar ditunjukkan oleh rakyat dalam masa krisis ini.

Oleh sebab itu rakyat macam tak menaruh keyakinan pada kerajaan. Mereka ambil inisiatif sendiri. #Rakyatbanturakyat.

Bantulah mangsa banjir dengan jujur


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kamal tak kisah Uqasha peluk Michael Ang ke?

Nabil sebak mangsa banjir ketuk cermin kereta kelaparan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker