Prosedur EnterSarawak membebankan pelancong – Karim

Prosedur EnterSarawak membebankan pelancong – Karim

Proses permohonan kemasukan menerusi enterSarawak perlu dikaji semula bagi memudahkan urusan para pelancong melancong ke Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, prosedur permohonan seharusnya memudahkan dan mesra pengguna selain tidak membingungkan pemohon.



Beliau yang juga bekas Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak mahu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak untuk lebih proaktif dalam mengendalikan isu tersebut.

“Saya ada terbaca laporan mengenai ketidakpuasan hati Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Cabang Sarawak mengenai prosedur enterSarawak yang dilihat membebankan ramai pelancong yang ingin datang ke Sarawak sekali gus memberi impak negatif kepada sektor pelancongan di negeri ini.

“Sehubungan itu, saya berharap JPBN Sarawak harus bersifat lebih terbuka berkenaan dengan prosedur kemasukan pelancong dari Semenanjung ke Sarawak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Malam Penghargaan Kementerian Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan pada di Kuching pada Selasa malam.



Dalam perkembangan sama, kata Abdul Karim prosedur serta garis panduan sedia ada mampu mengawal penularan COVID-19.

Jelasnya ia merupakan perkembangan yang positif sekali gus akan memberi anjakan kepada sektor pelancongan negeri khususnya peringkat domestik.

Terdahulu, Pengurusi MATTA Oscar Choo dalam kenyataannya berkata JPBN Sarawak harus meneliti semula prosedur kemasukan para pelancong ke Sarawak.

Ini berikutan prosedur enterSarawak yang dilaksanakan sebelum ini tidak mesra pelancong, rumit dan menimbulkan keresahan kepada para pelancong.



Bayangkan sekiranya ada warga emas mahu melawat saudara mereka di Sarawak, mereka akan menghadapi kesukaran dalam memohon EnterSarawak. Sudahlah syarat wajib kena beli tiket dahulu, dan sekiranya tidak diluluskan pastinya membawa kerugian kepada yang memohon.

Prosedur EnterSarawak membebankan pelancong – Karim


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Kamal tak kisah Uqasha peluk Michael Ang ke?

Nabil sebak mangsa banjir ketuk cermin kereta kelaparan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker