Legenda bola negara, Mohamad Bakar meninggal dunia

Legenda bola sepak negara Mohamad Bakar menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) Universiti Sains Malaysia (USM), Kepala Batas Pulai Pinang, jam 10.50 pagi tadi.

Menurut anaknya, Siti Mardhiana, Mohamad meninggal dunia akibat akibat kegagalan tulang sum-sum untuk menghasilkan darah.

Memetik Astro Awani, jenazah akan dibawa pulang ke rumah mereka di Teluk Ayer Tawar dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Bagan Ajam, Butterworth selepas solat Asar hari ini.

Beliau sebelum ini menerima rawatan di Wad Hematologi Hospital Pulau Pinang (HPP) di George Town.

Mohamad pernah menyertai skuad kebangsaan dan berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Munich, Jerman pada 1972.

Beliau memulakan karier sebagai pemain bola sepak Pulau Pinang pada 1960-an dan pernah menjadi penolong jurulatih skuad Olimpik Moscow 1980, sebelum dilantik sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya pada 1985.

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Reezal Merican Naina Merican menerusi Facebooknya turut mengucapkan takziah kepada keluarga Mohamad atas pemergiannya. FMT

‘You jaga sikit, ada orang mahu bakar lori’

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker