‘Tangki hitam inilah selamatkan saya dan isteri’

Sebaran :

BENTONG- Setiap mangsa banjir sudah pasti ada kisah mereka sendiri apabila berkongsi pengalaman berdepan bah besar yang melanda beberapa negeri baru-baru ini.

Di Bentong lain pula kisahnya apabila sepasang suami isteri bersyukur kerana terselamat daripada musibah dihanyutkan banjir pada 18 Disember lalu.

Menurut Mohamed Asri Badiazaman, 50, tangki air yang diletakkan di laman rumahnya, menjadi ‘sampan’ buat dia dan isterinya ketika paras air melebihi dua meter dan melepasi bumbung kediaman mereka ketika itu.

“Pada jam 8.30 malam Sabtu, air sudah mula naik, kita dah siap sedia untuk selamatkan barang, tetapi bila pukul 10.00 malam air sudah semakin tinggi, jadi kami dah kelam kabut.



“Anak-anak saya sempat keluarkan ke jalan hadapan (tempat tinggi) saya dah isteri masa itu dapati air dah mula dalam dan naik makin tinggi dengan cepat, kita terpaksa duduk dalam tangki untuk selamatkan diri,” maklumnya ketika ditemui Astro AWANI pada Selasa.

Akibat arus deras juga katanya mereka terpaksa menambat tangki terbabit pada tiang bumbung agar tidak dihanyutkan arus yang deras.

“Air luar biasa naik memang cepat, luar jangkaan, bila air dah naik kita terpaksa selamatkan diri.

“Sebab benda ini (tangki air) kita pernah gunakan, tangki ini akan terapung. Kami duduk dalam ini, masa itu nekad memang berdebar nak tunggu bantuan lama sebab orang kampung sini dah panik,” jelasnya lagi.



Tambah Mohamed Asri, dia hanya sempat menyelamatkan beberapa dokumen penting yang turut dimuatkan ke dalam tangki berkenaan sebelum air yang semakin naik memaksa dia dan isterinya memanjat bumbung rumah.

“Bila air dah naik, saya suruh isteri saya ke bumbung. Air makin naik sampai ke bumbung, tangki itu kemek bila tersekat antara bumbung,” katanya lagi.\

Pemerhatian Astro AWANI mendapati kawasan Kampung Chegar Medang antara kawasan teruk terjejas akibat banjir besar itu.

Ada di antara penduduk mendakwa, air banjir melebihi paras 25 kaki (6 meter) di sesetengah kawasan sehingga menenggelamkan tiang elektrik di kawasan itu. -Awani



‘Tangki hitam inilah selamatkan saya dan isteri’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Shila Amzah mangsa keganasan rumahtangga?

Damian pertahan tindakannya sambut Krismas


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *