Indonesia kesan kes pertama jangkitan tempatan varian Omicron

Kementerian Kesihatan Indonesia mengesan kes pertama jangkitan tempatan varian Omicron Covid-19 pada seorang lelaki berusia 37 tahun dari bandar Medan. – Foto Fail Reuters

JAKARTA – Kementerian Kesihatan Indonesia mengesan kes pertama jangkitan tempatan varian Omicron Covid-19 pada seorang lelaki berusia 37 tahun dari bandar Medan.

Lelaki itu dan isterinya yang melawat Jakarta sebulan sekali, tiba di ibu negara pada 6 Disember dan berkunjung ke Pusat Beli-belah Ashta District 8 di Daerah Pusat Perniagaan Sudirman, Jakarta Selatan pada 17 Disember.

Berikutan itu, kementerian sedang menjalankan pengesanan kontak menyeluruh di kawasan itu untuk menghentikan varian itu daripada merebak, kata jurucakap kementerian itu, Dr Siti Nadia Tarmidzi.

Bercakap pada sidang media maya, beliau berkata, lelaki itu tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan tanpa gejala kini dikuarantin di hospital.

Menurut Dr Siti Nadia, ujian swab antigennya didapati positif pada 19 Disember, manakala isterinya negatif, sambil menambah sampel itu kemudian dihantar ke Makmal GSI dan keputusan yang diperoleh pada 26 Disember menunjukkan positif Omicron.

Dengan perkembangan terbaharu itu, Indonesia merekodkan 47 kes Omicron, 46 kes adalah kes import dan satu jangkitan tempatan. – Bernama

Indonesia kesan kes pertama jangkitan tempatan varian Omicron


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Shila Amzah mangsa keganasan rumahtangga?

Damian pertahan tindakannya sambut Krismas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker