Faizal Azumu langgar SOP selepas pulang bercuti?

Faizal Azumu langgar SOP selepas pulang bercuti?

KUALA TERENGGANU: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 kerana tidak menjalani kuarantin selepas bercuti ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Ketua Wanita Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri, Yuslaini Azmi pelik bagaimana pemimpin itu boleh turun padang membantu mangsa banjir di Banting, Selangor hari ini sedangkan masih dalam tempoh kuarantin wajib.



Katanya, tindakan Ahmad Faizal itu tentunya membahayakan orang ramai terutama ketika varian Omnicron semakin menular dalam negara.

“Beliau mengakui sudah merentas ke luar negara, namun mengapa hari ini turun padang bertemu mangsa banjir sedangkan pengembara wajib menjalani kuarantin walau apa jua keputusan ujian Covid-19 mereka.

“Adakah Kementerian Kesihatan memejam mata dengan pelanggaran SOP yang jelas oleh Menteri Belia dan Sukan ini?” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ahmad Faizal antara menteri Kabinet yang dikatakan bercuti ke luar negara ketika Malaysia dilanda krisis banjir.



Percutian ke Dubai itu difahamkan bagi bertemu anak-anaknya, sebelum memutuskan pulang semula ke Malaysia selepas berada selama 12 jam di sana kerana hatinya tidak tenteram susulan kejadian banjir buruk yang melanda negara.

Yuslaini turut meminta penjelasan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berhubung isu berkenaan sekali mengenakan tindakan tegas kepada Ahmad Faizal.

Dalam pada itu, katanya, sekiranya Ahmad Faizal benar-benar prihatin terhadap nasib mangsa-mangsa banjir, beliau sepatutnya membatalkan sahaja hasrat bercuti ke luar negara.

“Bagi saya kenyataan berpatah balik dari Dubai itu amat lucu dan tidak masuk akal sedangkan beberapa hari sebelum itu beliau terlibat melancarkan skuad banjir. Adakah beliau cuba menipu rakyat Malaysia dengan lakonan tersebut?” katanya.



Baru-baru ini, Ahli Parlimen Hulu Langat, Hasanuddin Mohd. Yunus dikritik rakyat selepas berkongsi gambar berada di sebuah pergunungan Iran dalam akaun Facebook sedangkan pada waktu itu, kawasan di Hulu Langat dilanda banjir. Utusan

Faizal Azumu langgar SOP selepas pulang bercuti?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Shila Amzah mangsa keganasan rumahtangga?

Damian pertahan tindakannya sambut Krismas



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker