UMNO Merbok mahu kerusi DUN Bukit Selambau dikembalikan
ALOR SETAR – UMNO Bahagian Merbok menuntut agar kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dikembalikan kepada calon parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, ini kerana MIC sudah tidak berupaya menjanjikan kemenangan buat Barisan Nasional (BN) di kerusi berkenaan sejak beberapa penggal.
Menurutnya, tuntutan itu bukan berdasarkan omongan kosong atau emosi, sebaliknya berlandaskan angka, perubahan demografi politik serta sentimen yang sekian lama berakar dalam kalangan rakyat.
“Saya terkilan dan agak kecewa, sudah beberapa dekad akar umbi dikecewakan, suara demi suara yang mahukan kerusi DUN Bukit Selambau dikembalikan kepada UMNO dinafikan.
“Dalam hal ini, bukanlah kita hendak tonjolkan imej sebagai ‘abang besar’ mahupun pembuli, ia berdasarkan kepada banyak faktor,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Ahad.
Shaiful Hazizy berkata, antara faktor yang menyokong tuntutan berkenaan adalah pertambahan pengundi Melayu yang ketara.
“Angka terkini pengundi Melayu di DUN Bukit Selambau sudah mencecah 61 peratus. Berdasarkan data PRU14, DUN Bukit Selambau mempunyai sekitar 49,000 pengundi.
“Selain itu, rekod prestasi MIC dalam pilihan raya umum dan pilihan raya kecil tidak menunjukkan calon dari parti itu mampu memberi cabaran pada PRU15. Untuk rekod wakil MIC kecundang dalam setiap pilihan raya sejak 2008,” jelasnya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, MIC Merbok juga dilihat tidak mampu mengetengahkan calon tempatan yang berkaliber untuk memastikan kemenangan.
“Bermula pada tahun 2013, MIC ketengahkan calon daripada luar kepimpinan MIC Merbok untuk mewakili BN di DUN Bukit Selambau,” katanya.
Shaiful Hazizy percaya faktor undi 18 tahun akan meningkatkan lagi jumlah pengundi Melayu bermula tahun hadapan.
“Pengundi Melayu dijangka terus meningkat kepada 70 peratus menerusi pendaftaran automatik pengundi 18 tahun.
“Malah jentera UMNO menjadi penyumbang dominan di setiap kawasan daerah mengundi, kekuatan jentera UMNO sering menjadi sandaran calon MIC sejak awal lagi. Sekiranya calon UMNO diberi peluang, semangat juang dan motivasi jentera boleh dijadikan sandaran untuk BN kembali merampas kerusi terbabit,” katanya.
Menurutnya, pada persidangan tahunan UMNO Bahagian Merbok 18 Disember lalu, pemimpin dan perwakilan sebulat suara menyuarakan hasrat itu.
“Saya mohon MIC berlapang dada dan menerima perubahan ini. Sebagai rakan setia BN, MIC perlu menerima ketetapan persidangan UMNO Bahagian Merbok dengan hati terbuka.
“Akar umbi UMNO sudah kerap kali berjuang dan berkorban untuk memenangkan calon MIC yang mewakili BN, jadi sudah tiba masanya MIC berkorban atas semangat setiakawan,” ujarnya.
Beliau menegaskan, tuntutan tersebut bukanlah satu pengkhianatan atau tikam belakang, sebaliknya ketetapan itu berdasarkan kepada adaptasi taktikal demi kepentingan BN.
“Yang penting, kita mahu menang, jangan jadikan ego atau emosi sebagai sandaran,” katanya.
Kerusi DUN Bukit Selambau mula dipertandingkan pada 1986. UMNO bertanding di kerusi berkenaan pada PRU 1986 dan 1990 sebelum diserahkan kepada MIC untuk mewakili BN sejak 1995.
UMNO Merbok mahu kerusi DUN Bukit Selambau dikembalikan
Baca Artikel Menarik:
- Elak Tanggung Rugi Ratusan Ribu Dan Kereta Baru, Lelaki Ini Sanggup Ke China Beli Plastik Pelindung
- Amelia tak suka kongsi
- Sesi Persekolahan Penggal 3 Ditangguh Seminggu – Menteri KPM
- Enam tahun sekatil baru sedar isteri bekas ibu tiri
- Kejutan buat kekasih bertukar drama air mata
- Puteri Balqis mengaku ibunya bertatu
- Senariounion tanpa Lan Pet Pet, ini sebabnya
- Pertahan tentera: Shahrol bidas Harith Iskander
- Amaran Prof. Shahrul Shauqi palsu – Meteorologi
- Lelaki psikik dakwa ramal kejadian besar 2022
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai
You must be logged in to post a comment.