Pernah Hadapi Banjir Teruk 15 Tahun Lalu, Anak Jati Kedah Cetus Idea DIY Benteng Halang Air Bah
Pernah Hadapi Banjir Teruk 15 Tahun Lalu, Anak Jati Kedah Cetus Idea DIY Benteng Halang Air Bah
BENCANA banjir yang sedang berlaku di Lembah Klang dan beberapa kawasan di negeri lain pada ketika ini membimbangkan sehingga ada beberapa kawasan dinaiki air sehingga ke paras bumbung.
Kerosakan mengakibatkan kerugian besar ini telah membuka mata netizen untuk lebih bersedia selepas ini jika berlaku lagi banjir.
Perkongsian seorang pengguna Facebook iaitu Radzi Ghani, menunjukkan bagaimana dia memperkenalkan ciptaan yang dikenali sebagai sistem anti banjir berguna kepada semua sebagai persediaan menghadapi banjir di masa akan datang.
Kanvas digunakan untuk menghalang air banjir memasuki ruang dalam rumah.
Menurut Mohd Radzi Abd Ghani, 50, produk atau barangan digunakan untuk sistem anti banjir atau benteng ini adalah bersesuaian untuk paras banjir yang tingginya mencapai paras sekitar kira-kira 1.2 meter.
Pernah berhadapan dengan situasi banjir sejak 15 tahun lalu telah membuatkan ketua pegawai eksekutif syarikat miliknya sendiri ini sudah lali dengan situasi ini sehingga timbulnya idea sistem itu untuk lebih berjaga-jaga dalam menghadapi situasi banjir.
Lebih menarik lagi apabila tip yang dicadangkan ini mampu mengurangkan tahap kerosakan dan juga tenaga dalam membersihkan rumah setelah dilanda banjir.
Maka tidak hairan posting itu tular di Facebook dan mendapat 15,000 perkongsian.
Berkongsi dengan mStar, Radzi memberitahu rentetan daripada idea itu dia mendapat ilham untuk menambahbaik mengenai sistem benteng sedia ada dengan menukar batu-bata kepada kanvas lembut.
Ruang udara ditutup dengan plastersin selain menggunakan kanvas.
“Bagi saya sistem baharu yang saya cipta melibatkan bahan lebih fleksibel menggunakan kanvas lembut ini tahan bocor dan reput.
“Pada pandangan saya, kaedah baru ini 10 kali lebih baik dari apa yang saya share di Facebook.
“Yang saya kongsi di Facebook itu agak leceh sebab tu saya upgrade kaedah ini supaya lebih ‘friendly’ dan lebih ramai boleh guna termasuk orang tua dan kanak-kanak,” ujar Radzi.
Dalam perkongsiannya, antara peralatan asas yang perlu ada adalah seperti berikut:
1. Kanvas
Paling terbaik adalah menggunakan kanvas lembut boleh didapati di kedai peralatan hardware.
Antara sebab menggunakan kanvas lembut ini adalah kerana ia lebih tebal dan murah.
2. Batu bata
Kuantiti batu bata digunakan bergantung kepada ukuran panjang ruang yang anda perlu tutup & ketinggian bata anda mahu jadikan benteng.
3. Plastersin/tanah liat
Digunakan bagi menutup ruangan antara celah pintu di sebelah dalam & luar khususnya ruangan pada pintu bahagian lantai rumah.
Plastersin yang dikepal-kepal dimasukkan ke dalam plastik lalu digunakan untuk palam lubang tandas juga lubang di ruangan bilik mandi.
4. Pam air
Tujuannya adalah untuk menyedut air jika benteng banjir anda tadi dibolosi banjir lebih-lebih lagi di bilik air.
Bapa kepada empat cahaya mata ini berkata, dengan adanya benteng ini 90 peratus berjaya menyekat air masuk sekali gus dapat mengelakkan kerosakkan barang-barang di dalam rumah.
Radzi yang menetap di Alor Setar, Kedah ini berkata kaedah sistem benteng ini hanya boleh diguna pakai sebelum air memasuki rumah.
Dia berharap semoga perkongsian ini bermanfaat dan kita sama-sama berdoa agar Allah SWT melindungi kita semua.-mSTAR
Pernah Hadapi Banjir Teruk 15 Tahun Lalu, Anak Jati Kedah Cetus Idea DIY Benteng Halang Air Bah
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik :
- Elak Tanggung Rugi Ratusan Ribu Dan Kereta Baru, Lelaki Ini Sanggup Ke China Beli Plastik Pelindung
- Amelia tak suka kongsi
- Sesi Persekolahan Penggal 3 Ditangguh Seminggu – Menteri KPM
- Enam tahun sekatil baru sedar isteri bekas ibu tiri
- Kejutan buat kekasih bertukar drama air mata
- Puteri Balqis mengaku ibunya bertatu
- Senariounion tanpa Lan Pet Pet, ini sebabnya
- Pertahan tentera: Shahrol bidas Harith Iskander
- Amaran Prof. Shahrul Shauqi palsu – Meteorologi
- Lelaki psikik dakwa ramal kejadian besar 2022
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai
Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’