Peluncur ombak maut diserang jerung di California

Peluncur ombak maut diserang jerung di California

TELUK MORRO, CALIFORNIA – Seorang peluncur lelaki maut selepas diserang oleh seekor jerung di Teluk Morro, California pada malam sambutan Hari Krismas, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Polis tempatan berkata, mereka menerima aduan bahawa lelaki ‘tidak menunjukkan tanda-tanda bernyawa selepas dia ditarik keluar dari dalam air’ di Teluk Morro Jumaat lalu.



Mangsa dipercayai merupakan seorang pemain sukan papan luncur berusia 31 tahun.

Lelaki yang belum dikenal pasti identitinya itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan siasatan sedang dijalankan.

Pengunjung pantai telah diarah supaya tidak berada di dalam air selama 24 jam selepas kejadian itu.

Teluk Morro terletak kira-kira separuh perjalanan di antara San Jose dan Los Angeles.



“Ia satu kemalangan yang mengerikan.

“Mujur, cuaca dan angin telah ‘mengganggu’ ombak laut dan menyebabkan tidak ramai peluncur di situ. Kami telah menutup perairan untuk keselamatan,” kata pengarah peronda pelabuhan tempatan, Eric Endersby.

Terdapat beberapa serangan jerung di kawasan itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi ia dipercayai kematian pertama sejak 2003. K Online

Peluncur ombak maut diserang jerung di California




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Puteri Balqis mengaku ibunya bertatu



Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker