MR DOLLAR buka lebih banyak cawangan tahun depan

MR DOLLAR buka lebih banyak cawangan tahun depan

MR D.I.Y. Group (M) Bhd (MR DIY) menyasar untuk membuka lebih banyak cawangan di bawah jenama MR DOLLAR di seluruh negara tahun depan.

Naib Presiden Pemasaran dan E-dagang MR DIY Group, Andy Chin, berkata kumpulan mempunyai sasaran dan keyakinan yang tinggi terhadap konsep perniagaan harga tetap yang ditawarkan melalui MR DOLLAR.



Beliau berkata, selepas rangkaian cawangan MR DIY, keutamaan kumpulan ketika ini adalah mengembangkan operasi MR DOLLAR di seluruh Malaysia dengan pantas.

“Kami melihat situasi semasa disebabkan pelbagai ketidaktentuan ekonomi menyebabkan kedai harga tetap menjadi pilihan pengguna untuk membeli- belah.

“Ketika ini, kami sudah mempunyai 52 cawangan walaupun jenama ini baru dilancarkan pada Ogos 2020, selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama ditamatkan.

“Kami mampu bergerak pantas di sebalik situasi ekonomi semasa disebabkan model perniagaan harga tetap yang ditawarkan pada RM2 dan RM5. Ini kekuatan MR DOLLAR, harga tetap yang kekal sama walaupun banyak industri menaikkan harga,” katanya dalam temu bual bersama BH.



Chin berkata, MR DOLLAR berazam untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia mendapatkan barangan keperluan isi rumah pada harga yang berpatutan.

Beliau berkata, rakyat Malaysia boleh mendapatkan pelbagai jenama makanan kegemaran mereka seperti Maggi, Oreo, Coca Cola dan banyak lagi di MR DOLLAR.

Katanya, jenama terbabit menawarkan pelbagai jenis produk dalam 10 kategori iaitu coklat dan manisan; snek dan biskut; bahan-bahan masakan; barangan runcit; minuman; produk bakeri; makanan sejuk beku; keperluan rumah; perkakasan; serta alat tulis, mainan dan sukan yang setiap satunya berharga RM2 atau RM5.

“Matlamat MR DOLLAR adalah untuk menjadikan produk makanan dan minuman (F&B) serta keperluan rumah lebih mudah didapati oleh lebih ramai pengguna,” katanya.



Beliau menjelaskan, penetapan harga sentiasa pada RM2 atau RM5, membolehkan orang ramai dapat berbelanja dengan yakin mengikut kemampuan, di samping menjamin kualiti produk yang dibeli.

“Ketika ini kami mempunyai 4,000 produk unit simpanan stok (SKU) yang sama di semua cawangan dari segi harga dan jenama. Kami juga merancang akan memperkenalkan produk SKU jenama MR DOLLAR sendiri tidak lama lagi apabila sudah mencapai tahap operasi yang memberangsangkan.

“Bagaimanapun, buat masa ini kami masih menumpukan kepada produk SKU daripada jenama tempatan. Ini kerana kami ingin membantu mengembangkan ekosistem perniagaan terutama dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS),” katanya.

Chin berkata, banyak jenama produk yang dijual di MR DOLLAR tidak terdapat di tempat lain dan mempunyai keunikan produk tersendiri memandangkan kumpulan menjalin kerjasama erat dengan pengusaha tempatan bagi memberikan bukan sekadar nilai tambah kepada pengguna, malah pengusaha tempatan terutama PKS.



“Apabila mengambil barangan dari PKS tempatan, secara tidak langsung akan meningkatkan kapasiti perniagaan serta membuka peluang pekerjaan kepada rakyat.

“Ini antara agenda utama MR DIY. Selain memberikan produk pada harga murah dan berkualiti kepada pelanggan, kami juga membantu pengukuhan ekosistem perniagaan di Malaysia,” katanya. BH

MR DOLLAR buka lebih banyak cawangan tahun depan


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Puteri Balqis mengaku ibunya bertatu

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker