Lelaki maut dihempap kenderaan sendiri

Lelaki maut dihempap kenderaan sendiri

Keningau: Lelaki maut selepas kenderaan dipandunya terbabas di Jalan Kampung Malampoi, Batu 48, berhampiran Ladang Sawit Felcra, Nabawan, hari ini.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa Putera Azzalie Sulayul, 25, yang memandu Proton Wira Aeroback, dilaporkan tercampak keluar sebelum dihempap kenderaannya sendiri.



Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.39 pagi

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan lima anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan operasi mendapati mangsa tersepit di bahagian luar kenderaannya dan operasi mengeluarkan mangsa dijalankan.

“Sebaik berjaya dikeluarkan, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.



Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan selanjutnya.

Katanya, pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir sekitar kawasan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.28 pagi. HM

Lelaki maut dihempap kenderaan sendiri


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Puteri Balqis mengaku ibunya bertatu

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker