Jual ketum, kaut keuntungan RM200 ribu sebulan

Jual ketum, kaut keuntungan RM200 ribu sebulan

Polis Johor berjaya menumpaskan sindiket memproses dan menjual air ketum didalangi seorang bekas penjawat awam yang didapati beroperasi sejak awal tahun 2017 l.

Sindiket berkenaan dipercayai mampu mengaut keuntungan antara RM120,000 hingga RM200,000 sebulan.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sindiket itu tumpas setelah dalang berusia 35 tahun itu bersama isterinya, 36 tahun dan dua pekerjanya ditahan dalam serbuan pada 22 Disember lalu.

Serbuan itu dibuat susulan penahanan seorang pemandu lori berusia 42 tahun dalam satu operasi di Simpang Renggam pada 21 Disember lalu.

“Suspek dipercayai telah selesai melakukan penghantaran bekalan daun ketum seberat 700 kilogram.

“Ekoran penahanan suspek, polis menjalankan satu serbuan pada pukul 2.45 pagi keesokan harinya dan berjaya menahan empat suspek terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 19 hingga 36 tahun bersama sejumlah daun ketum, air ketum dan peralatan memproses ketum.

“Hasil saringan air kencing mendapati tiga suspek termasuk dalang sindiket dan isterinya positif, manakala tiga daripada mereka juga mempunyai rekod jenayah lampau bersabit kes dadah,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Bekalan ketum itu diperoleh daripada pembekal di utara Semenanjung sebelum dihantar menggunakan lori buah-buahan.

“Harga jualan semasa daun ketum antara RM35 hingga RM80 manakala sebotol air ketum seberat 1.5 liter dijual antara RM13 hingga RM25. Siasatan mendapati sindiket ini memperoleh keuntungan antara RM120,000 hingga RM200,000 sebulan.

“Wanita yang merupakan isteri dalang sindiket turut bertindak selaku akauntan manakala dua pekerja lelaki yang ditugaskan selaku tukang masak air ketum diberikan gaji antara RM5,000 hingga RM10,000 sebulan,” ujarnya.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas 288 ikatan daun ketum seberat 75.55 kilogram bernilai RM755.50 dan 60 botol air ketum seberat 90 liter bernilai RM900 serta peralatan memproses ketum.

Polis juga telah menjalankan beberapa serbuan susulan di Johor Bahru dan Kulai pada pukul 8.30 malam semalam dan berjaya menahan lapan lelaki berusia antara 25 hingga 39 tahun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 manakala kesemua suspek telah dikenakan reman. MG

Jual ketum, kaut keuntungan RM200 ribu sebulan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ibu Puteri Balqis tampil pertahankan anaknya

Nabila Huda berang dengan akak yang digelarnya bangsat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker