4 Model G-SHock Ini Boleh Buatkan Anda Mahu Milikinya

4 Model G-SHock Ini Boleh Buatkan Anda Mahu Milikinya

Kepada anda yang masih belum peka, sekarang ini ramai penjual-penjual barangan seperti baju bundle, jam tangan, dan banyak lagi, menggunakan kaedah live media sosial. Mereka boleh berinteraksi dengan penonton sekaligus menjual produk-produk mereka dengan lebih berkesan.

Terdetik hati saya untuk menulis artikel ini kerana baru-baru ini saya terpikat dengan para penjual jam G-Shock yang membuat live di TikTok, dan pelbagai jenis jam G-Shock yang saya kenali melalui live itu. Mari saya kongsikan kepada anda.


1. G-Shock G7900 (Mat Moto)

Kenapa jam ini dipanggil G-Shock Mat Moto? Ada kena mengena dengan spare part motor ke? Sebenarnya ia diinspirasikan daripada filem Mat Moto arahan Pekin Ibrahim yang berkisarkan tentang kehidupan seorang mat motor. Filem ini bersifst dekat di hati peminat-peminat motorsikal dan peminat barang-barang collector. Pekin Ibrahim yang juga merupakan hero untuk filem itu sering kelihatan memakai G-Shock G7900A-4 Merah. Dari situlah jam ini mendapat nama gelaran G-Shock Mat Moto.


2. G-Shock DW5900 (Tapak Kucing)

Jam ini dikenali sebagai ‘tapak kucing’ kerana muka jam yang menyerupai tapak kucing. Model ini lebih diminati ramai dengan warna yang lebih terang seperti kuning, keladi, dan hijau. Ini adalah kerana muka jam yang berwarna terang akan memfokuskan corak tapak kucing tersebut. Selain itu, model ini juga sering dicari-cari oleh para pencinta kucing kerana ia simbolik dengan kucing. Sejujurnya, G-Shock DW5900 warna keladi itu adalah idaman saya.


3. G-Shock DW5600 (Petak)

Model jam ini digilai ramai peminat produk minimalis, kerana reka bentuknya sangat ringkas dan bersahaja. Ia dipanggil petak kerana seperti mana yang anda dapat lihat, bentuknya petak dan ikonik. G-Shock petak ini adalah antara model yang paling banyak kolaborasi seperti bersama Converse, Transformers, Joker dan banyak lagi. Ia mempunyai daya tarikan tersendiri yang membuatkan ia masih relevan hingga ke hari ini. Jika anda menyertai live penjual jam G-Shock, anda pasti akan mendengar ayat “Bang, G-Shock petak ada stok tak abang?”. Mesti punya.


4. G-Shock GA2100 (TMJ)

Jika anda kurang menggemari rekabentuk G-Shock yang tebal dan kelihatan agresif, anda pasti akan menggemari rekabentuk model ini. Ia diinspirasikan daripada Audemars Piguet Royal Oak dan ia mengambil konsep yang ‘mewah’. Selain itu, ia dipanggil G-Shock TMJ kerana ia dipopularkan oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor. Ramai yang menggilai warna full black bagi model ini kerana ia kelihatan sungguh minimal, menawan dan sesuai untuk dipakai ke mana-mana majlis.

Sebagai kesimpulan, G-Shock masih mempunyai fanbase dan komuniti yang kuat. Ia mempunyai daya tarikan yang tersendiri yang membuatkan ia relevan sehinga kini. Saya pasti banyak lagi model-model yang perlu saya sebut di sini. Jika ada nyawa dan masa, akan saya karangkan artikel berkenaan G-Shock lagi.

4 Model G-SHock Ini Boleh Buatkan Anda Mahu Milikinya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ibu Puteri Balqis tampil pertahankan anaknya

Nabila Huda berang dengan akak yang digelarnya bangsat

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker