Ramai menteri sudah pulang tapi perlu kuarantin – PM
Ramai menteri sudah pulang tapi perlu kuarantin – PM
BEBERAPA anggota Kabinet yang berada di luar negara ketika banjir besar melanda beberapa negeri, sudah kembali ke tanah air.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beberapa menteri yang masih berada di luar negara pula sedang berusaha mendapatkan penerbangan pulang secepat mungkin, selepas beliau mengarahkan semua cuti anggota Kabinet dibatalkan serta-merta.
Bagaimanapun, menurut beliau, anggota Kabinet yang sudah pulang masih belum dibenarkan keluar melawat kawasan bencana itu kerana perlu mematuhi perintah kuarantin bagi memastikan mereka bebas jangkitan COVID-19.
“Ramai menteri sudah balik. Saya tidak mahu menyebut nama, namun mereka sudah ke luar negara lebih awal sebelum banjir berlaku.
“Yang belum bercuti, mereka sudah membatalkan perancangan itu. Saya juga ada merancang untuk menunaikan umrah pada 1 Januari depan, namun saya sudah membatalkannya dan tidak jadi pergi.
“Ada mereka minta mahu keluar, semalam (untuk melawat kawasan banjir), namun saya tidak benarkan dan meminta mereka tunggu kerana jika bawa penyakit nanti susah pula,” katanya pada sidang media di Masjid Al-Muttaqin, di Hulu Langat, Selangor, hari ini.
Dalam perkembangan banjir, Ismail Sabri menyatakan kerajaan menubuhkan pasukan petugas khas yang bertanggungjawab menyelaras pengurusan pasca banjir serta persediaan menghadapi kemungkinan gelombang kedua banjir.
“Pasukan itu akan dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan dianggotai beberapa agensi yang terbabit dalam pengurusan bencana, antaranya Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM).
Baca juga: Pegawai AADK dituduh sebabkan kematian lelaki
Baca juga: Pegawai AADK dituduh sebabkan kematian lelaki
“Kerja pasca banjir memang lebih besar dan rumit kerana ia membabitkan kerja pembersihan, pembahagian sumbangan, baik pulih rumah dan sebagainya.
“Proses ini memerlukan koordinasi dan kerjasama yang tegap dan sempurna daripada semua agensi, badan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya, baru ia dapat disegerakan.
Menurutnya, penubuhan pasukan berkenaan penting kerana beliau tidak mahu ada sebarang kelewatan dalam usaha membantu mangsa banjir. E9
Ramai menteri sudah pulang tapi perlu kuarantin – PM
Baca Artikel Menarik :
- Elak Tanggung Rugi Ratusan Ribu Dan Kereta Baru, Lelaki Ini Sanggup Ke China Beli Plastik Pelindung
- Amelia tak suka kongsi
- Sesi Persekolahan Penggal 3 Ditangguh Seminggu – Menteri KPM
- Enam tahun sekatil baru sedar isteri bekas ibu tiri
- Kejutan buat kekasih bertukar drama air mata
- Puteri Balqis mengaku ibunya bertatu
- Senariounion tanpa Lan Pet Pet, ini sebabnya
- Pertahan tentera: Shahrol bidas Harith Iskander
- Amaran Prof. Shahrul Shauqi palsu – Meteorologi
- Lelaki psikik dakwa ramal kejadian besar 2022
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’