Penduduk di sebuah lagi pangsapuri dipindahkan akibat tanah runtuh

Sebaran :

Penduduk di sebuah lagi pangsapuri dipindahkan akibat tanah runtuh

Penduduk di sebuah lagi pangsapuri di Lembah Klang telah mengosongkan bangunan atas faktor keselamatan, selepas banjir yang menimpa hujung minggu lalu.

Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa penduduk Apartmen Sri Duta di Taman Duta, Kuala Lumpur telah dipindahkan selepas tanah runtuh berlaku di tapak beberapa blok pangsapuri.

“Ikram (Institut Kerja Raya Malaysia) sedang meneliti perkara ini dan mereka akan membincangkannya dengan DBKL dan pengurusan pangsapuri (tentang penyelesaian).



“DBKL kemudian akan maklumkan saya laporan (daripada Ikram),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dia berkata laporan itu kemungkinan besar akan siap esok.

Sementara itu, polis berkata tiada bukti berlaku pergerakan tanah di kawasan itu.

“Pada masa ini, kontraktor sedang melaksanakan kerja-kerja pengukuhan tapak. Kerja pemantauan juga dijalankan oleh DBKL setiap hari bagi meninjau pergerakan air dan tanah.



“Sehingga kini, tiada pergerakan tanah dikesan,” kata Ketua Polis Kuala Lumpur Azmi Abu Hassan seperti dipetik The Star hari ini.

Katanya, DBKL telah memindahkan 34 isi rumah pangsapuri terbabit minggu lepas.

Ini kerana kawasan itu telah dinilai sebagai tidak selamat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), katanya lagi.

Setakat ini tiada kecederaan dilaporkan.



Gambar pangsapuri yang terjejas akibat tanah runtuh itu telah tersebar di media sosial, menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai.

Pada 21 Disember lalu, Malaysiakini melaporkan penghuni Pangsapuri Indahria di Batu Tiga, Shah Alam, diminta untuk berpindah kerana keadaan struktur bangunan itu yang membimbangkan kesan daripada banjir.

Pangsapuri itu, yang terletak berdekatan dengan sungai, telah berdepan masalah struktur sekurang-kurangnya sejak 2013.

Shahidan berkata terdapat penghuni di pangsapuri lain yang turut dipindahkan, termasuk kondominium Bangsar Indah yang juga akibat masalah tanah runtuh.

Sementara itu, dia berkata DBKL berhasrat mengadakan pertemuan dengan pengurusan bangunan di Kuala Lumpur yang memiliki tempat letak kereta bawah tanah.

Katanya, ia bagi membincangkan cara melaksanakan satu sistem untuk memberi amaran kepada penduduk untuk mengalihkan kenderaan yang diletakkan di ruang itu lebih awal, jika berlaku banjir kilat. Mk

Penduduk di sebuah lagi pangsapuri dipindahkan akibat tanah runtuh


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Puteri Balqis mengaku ibunya bertatu

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.