Dapur gas meletup, wanita melecur seluruh badan

Dapur gas meletup, wanita melecur seluruh badan

Seorang wanita warga China melecur dari kepala hingga kakinya selepas dapur gas di rumahnya di Kondominium mewah Jalan Kobusak, Penampang, Sabah meletup hari ini.

Dalam kejadian 12 tengah hari itu, mangsa berusia 25 tahun dikatakan sedang melakukan kerja memasak sebelum dapur gas tiba-tiba meletup.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang Jamaluddin Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 12.04 tengah hari.

Katanya, sepasukan 14 anggota dan pegawai bersama dua jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang dan Kota Kinabalu dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa berada dalam keadaan sedar namun melecur tahap dua dari kepala hingga ke bahagian kaki.

“Mangsa terus diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke zon merah Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) untuk rawatan selanjutnya,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Jamaluddin berkata, operasi berjaya dikawal pada 12.30 tengah hari bagi memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetuskan kebakaran semula.

Katanya, pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir sekitar kawasan bagi memastikan tiada perkara berbahaya lain sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada 1.25 tengah hari. FMT

Dapur gas meletup, wanita melecur seluruh badan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker