185 kes penyakit berjangkit libatkan mangsa banjir dikesan – KKM

185 kes penyakit berjangkit libatkan mangsa banjir dikesan – KKM

Kementerian Kesihatan merekodkan 185 kes penyakit berjangkit dalam kalangan mangsa banjir di Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka setakat hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu membabitkan empat penyakit berjangkit iaitu jangkitan saluran pernafasan akut (ARI), penyakit kulit, acute gastroenteritis (AGE), dan konjunktivitis.



“Daripada jumlah itu, sebanyak 103 membabitkan ARI, penyakit kulit (52), AGE (22) dan konjunktivitis (8).

“Bagi kes positif Covid-19 dalam kalangan mangsa banjir, sebanyak 409 kes dilaporkan, namun tiada kes positif dilaporkan di Pusat Perpindahan Sementara (PPS),” katanya menurut laporan Harian Metro.

Noor Hisham berkata, sebanyak 256 PPS membabitkan 41,819 mangsa di lima negeri berkenaan masih beroperasi sehingga 3 petang tadi.

“Mangsa banjir dinasihatkan supaya memaklumkan status risiko Covid-19 kepada anggota penyelamat sekiranya disahkan positif dikenal pasti sebagai kontak rapat supaya tindakan sewajarnya dapat diambil semasa proses pemindahan dan penyelamatan dibuat.



“Selain itu, mangsa banjir juga diminta patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) dan amalan norma baharu semasa proses pemindahan dan sepanjang tempoh berada di PPS,” katanya.

Beliau turut menasihatkan mangsa banjir mengelak berkumpul beramai-ramai semasa di PPS, memakai pakaian pelindung diri semasa operasi memindahkan mangsa banjir dan sewaktu melakukan proses pembersihan pascabanjir, selain memastikan segera membersihkan badan yang terkena air banjir.

“Untuk maklumat lebih lanjut dan kemas kini mengenai info bencana banjir, sila layari laman sesawang https://infobencanajkmv2.jkm.gov.my/portal/index,” katanya.
FMT

185 kes penyakit berjangkit libatkan mangsa banjir dikesan – KKM




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai



Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker