Instafamous belanja wagyu pada mangsa banjir

Instafamous belanja wagyu pada mangsa banjir

Ribuan penduduk terjejas akibat banjir minggu lalu membuatkan ramai orang terpanggil untuk turun membantu.

Melalui perkongsian di Instagram milik selebriti media sosial dikenali sebagai Cik Epal dilihat turut menghulurkan bantuan bersama suaminya kepada mangsa banjir.



Lebih mengejutkan, dilihat pasangan itu juga menyediakan piza daging wagyu kepada semua penduduk di situ menerusi satu klip video berdurasi 57 saat.

“Bila tengah bagi pizza ada adik ni cakap,murah rezeki akak. Rasa sebak pulak dengar,” katanya dalam satu hantaran.

Rata-rata orang ramai memuji sikap pemurah selebriti itu serta turut berasa gembira melihat penduduk menikmati hidangan tersebut.

“Semua mahal-mahal, seronok mereka makan dengan gembira,” kata makeuplidiasaedon.



“Makanan boleh menggembirakan hati mereka yang berduka, kita yang tengok ni rasa bersyukur dan gembira bila lihat mereka makan.

“Semoga sentiasa dimurahkan rezeki Cik Epal,” ujar _nznj. K Online

Instafamous belanja wagyu pada mangsa banjir


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker