Amaran ribut petir, hujan lebat, angin kencang di Selangor, Putrajaya dan Johor

Amaran ribut petir, hujan lebat, angin kencang di Selangor, Putrajaya dan Johor

Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di tiga negeri sehingga pukul 4 petang ini.

Menurut Met Malaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa tempat di Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Putrajaya dan Johor.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Selangor (Klang, Kuala Langat dan Sepang), WP Putrajaya, Johor (Pontian dan Kulai) sehingga 4 petang, Sabtu, 25 Disember.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. Amaran Ribut Petir dikeluarkan pada pukul 1.15 petang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Met Malaysia pada 11.30 pagi tadi mengeluarkan amaran ribut petir di di beberapa tempat di Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak sehingga pukul 3 petang ini.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Terengganu (Kemaman); Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin); Johor (Kluang dan Mersing) dan Sarawak: Bintulu (Bintulu) sehingga 3.00 petang, Sabtu, 25 Disember,” jelasnya. Utusan

Amaran ribut petir, hujan lebat, angin kencang di Selangor, Putrajaya dan Johor


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker