Banjir: Hati-hati dengan penipuan kutipan derma

Banjir: Hati-hati dengan penipuan kutipan derma

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan segelintir individu yang mengambil kesempatan daripada isu banjir kilat untuk membuat kutipan derma bagi kegunaan sendiri.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md Din berkata, kejadian banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di sekitar negara baru-baru ini telah mengakibatkan kehilangan harta benda dan kerugian terhadap mangsa-mangsa terlibat.

“Berdasarkan pemerhatian, pelbagai inisiatif kutipan derma telah dilancarkan oleh parti politik, badan bukan kerajaan, syarikat swasta, individu persendirian dan sebagainya bertujuan untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa yang terjejas.

“Kebiasaannya aktiviti kutipan yang bersifat kebajikan ini akan mendapat maklum balas yang positif daripada rakyat negara ini,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pihak polis tidak menolak kemungkinan wujudnya segelintir individu yang mengambil kesempatan daripada isu banjir kilat ini untuk membuat kutipan derma bagi kegunaan sendiri.

“Walaupun sehingga kini tiada sebarang laporan polis yang diterima, orang ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dalam menyalurkan derma agar ianya benar-benar sampai kepada mereka yang memerlukan.

“Adalah ditegaskan, pihak polis sentiasa memantau aktiviti kutipan derma terutama yang dilakukan melalui internet dan sebarang aktiviti yang meragukan akan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan” ujarnya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang informasi berkenaan aktiviti penipuan kutipan derma digesa untuk menyalurkan maklumat kepada pihak polis melalui CCID Scam Response Centre melalui 03-26101559/1599 atau membuat laporan polis di mana-mana balai berdekatan. K Online

Banjir: Hati-hati dengan penipuan kutipan derma


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


ASB: Dividen dan bonus 5% untuk 2021

Patin banjir! Rezeki menjala dapat saiz 15kilogram seekor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker