Tentera turun hari pertama banjir; orang tiada di lapangan tak faham keadaan – Panglima Tentera

Tentera turun hari pertama banjir; orang tiada di lapangan tak faham keadaan – Panglima Tentera

Panglima Angkatan Tentera, Affendi Buang, mengesahkan tentera turun ke lapangan pada malam hari pertama banjir lagi, di sebalik tuduhan di media sosial bahawa ada anggota tentera tidak mahu menyelamatkan mangsa.

Affendi pada sidang media petang tadi berkata arahan menyelamatkan mangsa banjir telah dikeluarkan dua bulan lalu, dan sejak itu tentera bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“Operasi banjir ini kita akan letakkan semua dalam keadaan siap sedia,” kata Affendi kepada pemberita.

“Saya sendiri berada di Kampung Bukit Lanchung (berdekatan Subang Jaya) pada 12 malam, di mana air dah naik.”

Beliau berkata tidak timbul soal tidak buat kerja kerana pihak berkuasa berdepan kesukaran untuk mengeluarkan mangsa.

Affendi memberitahu operasi memantau, mencari, dan menyelamat mangsa dilakukan di kawasan-kawasan rendah yang mempunyai bilangan rumah yang banyak; dilakukan dalam gelap, hujan lebat, dan paras air yang tinggi.

Berkenaan situasi di Lembah Klang, Affendi berkata aset yang digerakkan dari Kuala Lumpur ke lokasi sukar tiba kerana laluan masuk terputus, dan hanya tiba pada awal pagi.

“Sesiapa tak berada di lapangan mereka tak faham keadaan tersebut,” katanya.

Berdasarkan temubual dengan mangsa, Affendi memberitahu pada petang air setakat paras lutut, “dia kata biasanya banjir setakat itu”.

“Mereka (penduduk) terkejut tak sampai satu jam air naik sampai ke paras dada. Kita lihat ada sampai ke bumbung. Itu berlaku secara mendadak, mungkin dari sungai yang melimpah,” katanya.

“Semua orang dalam keadaan kelam-kabut, panik, dan macam-macam. Kita hantar aset apa yang ada di Kuala Lumpur ke situ dengan segera. Masa itu, jalan masuk telah terputus.

“Pada jam 2 pagi, kita dapat panggilan mengatakan ada mangsa terperangkap di Sri Muda. Kita buat pemantauan dalam keadaan gelap. Bila bantuan (aset) tiba, kita terus ke Sri Muda.

Affendi berkata pihak berkuasa yang berdepan situasi seperti itu berhempas-pulas menyelamatkan mangsa.

“Saya minta media terangkan secara betul supaya tak ada salah faham. Masa itu semua nak menolong. Tak adil mengatakan ada orang tak nak menyelamatkan mangsa, tak mahu buat kerja.”

Tak perlu tunggu NADMA

Dalam laporan FMT sebelum ini, sumber memaklumkan tentera mula bergerak selepas solat Jumaat.

Katanya, ketika banjir besar melanda lima negeri pada hujung minggu lalu itu, tentera membantu memindahkan mangsa banjir tanpa menunggu arahan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Affendi hari ini bagaimanapun berkata tidak timbul isu tentera menyelamatkan mangsa tanpa menunggu arahan NADMA.

“Kalau air naik, saya nak tunggu siapa lagi? Saya ada orang di sana, aset saya gerakkan, nak tunggu apa lagi?” katanya.

Affendi sekali menegaskan sekarang bukan masa untuk mana-mana pihak tuduh-menuduh sehingga mengganggu dan menjejaskan usaha menyelamatkan mangsa.

Beliau juga menekankan bahawa kesepaduan antara agensi dan mengutamakan keselamatan mangsa perlu didahulukan.

“Kita tidak boleh lagi bekerja secara bersendirian atau ‘solo’. Sebarang usaha yang dilaksanakan adalah lebih berkesan sekiranya dilaksana dengan berkonsepkan ‘whole of government approach’ bagi memastikan setiap agensi terbabit dapat digembleng secara bersama dan berkesan,” katanya.

Tumpu tiga negeri

Affendi berkata tentera akan menumpukan bantuan di tiga negeri yang terjejas teruk iaitu Selangor, Kelantan, dan Pahang, yang melaporkan jumlah mangsa melebihi 1,000 orang.

Di Pahang, beliau melaporkan terdapat 38,399 mangsa melibatkan sembilan kawasan iaitu Maran, Kuantan, Raub, Kuala Lipis, Jerantut, Temerloh, Pekan, Bentong, dan Bera.

Perak, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, dan Melaka buat masa ini masih terkawal.

Katanya, tentera menyediakan satu kompeni (lima pegawai dan 97 anggota) di setiap negeri untuk diatur gerak ke lokasi banjir apabila terdapat keperluan tambahan. FMT

Tentera turun hari pertama banjir; orang tiada di lapangan tak faham keadaan – Panglima Tentera


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


ASB: Dividen dan bonus 5% untuk 2021

Patin banjir! Rezeki menjala dapat saiz 15kilogram seekor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker