Menteri Madagascar berenang 12 jam selepas pesawat terhempas

Gelle berenang selama 12 jam untuk meneylamatkan diri selepas pesawat yang dinaikinya terhempas. – Facebook

ANTANANARIVO, MADAGASCAR – Menteri Polis Madagascar, Serge Gelle terpaksa berenang selama 12 jam untuk menyelamatkan diri selepas pesawat yang dinaikinya dalam satu misi keselamatan terhempas ke  dalam laut, lapor Badan penyiaran British kelmarin.

“Belum masanya untuk saya mati,” katanya dalam keadaan keletihan.

Dua  pegawai keselamatan yang bersama Gelle dalam misi itu juga turut terselamat.

Pasukan itu telah meninjau sebuah kawasan di bahagian timur laut Madagascar, di mana sebuah bot penumpang telah karam dan mengorbankan sekurang-kurangnya 39 orang.

Punca pesawat tersebut terhempas bagaimanapun tidak diketahui, namun Gelle berkata,  selepas ia terhempas, beliau berenang pada pukul 7.30 malam sehingga 7.30 pagi.

Beliau mengesahkan tidak mengalami sebarang kecederaan namun menambah bahawa badannya berasa sejuk.

Ketua polis Madagascar, Zafisambatra Ravoavy memberitahu agensi berita AFP bahawa Gelle telah menggunakan salah satu tempat duduk helikopter sebagai alat pengapungan.

“Beliau sentiasa mempunyai stamina yang hebat dalam sukan, sama seperti seorang berusia 30 tahun. Beliau mempunyai saraf keluli,” kata Ravoavy. – AGENSI

Menteri Madagascar berenang 12 jam selepas pesawat terhempas


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PSUAM buat laporan dakwa cubaan sorok bukti dalam kes mahkamah Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker