Kerani pasar raya dirompak RM120,000, ditikam di perut

Kerani pasar raya dirompak RM120,000, ditikam di perut

KOTA KINABALU: Kerani pasar raya bukan sahaja kehilangan RM120,000, malah ditikam perompak dalam perjalanan ke sebuah bank, di pedalaman daerah Tambunan, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Keningau Nor Rafidah Kasim, berkata wanita berusia 20-an itu, dalam perjalanan mendepositkan pendapatan harian pasar raya, dalam kejadian yang berlaku pada 1 petang.

Beliau berkata, wanita berkenaan ditemani seorang rakan, namun mangsa terpaksa berpatah balik ke kereta untuk mendapatkan MyKad, manakala rakannya itu menunggu di bank berkenaan.

“Dalam perjalanan ke kereta, individu tidak dikenali yang memakai helmet motosikal dan berpakaian baju berwarna hitam secara mengejut menyerang mangsa, dan menikamnya di perut,” katanya.

Nor Rafidah berkata, suspek kemudian meragut beg yang mengandungi wang itu dan melarikan diri.

Kerani berkenaan kemudiannya dihantar ke Hospital Keningau bagi rawatan lanjut.

Polis melancarkan operasi mengesan suspek terbabit dengan bantuan video rakaman litar tertutup (CCTV) yang diperoleh di lokasi kejadian. FMT

Kerani pasar raya dirompak RM120,000, ditikam di perut


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Muak menunggu NADMA, ATM turun bantu mangsa banjir

Lokasi nahas pesawat MH370 di Kemboja?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker