Kenangan bersanding dalam banjir

Sebaran :

Kenangan bersanding dalam banjir

BANTING – Sepasang pengantin walaupun hanya sempat bersanding seketika sebelum kawasan rumah di Kampung Bukit Changgang di sini dilanda banjir pada Ahad, menganggap ia memori terindah dan pengalaman berharga buat mereka.

Muhammad Adib Fikri Zulkefle, 27, dan isterinya, Nur Fatin Liyana Zainuddin, 29, sedang bersanding dan bergambar di pelamin pada kira-kira 11 pagi ketika air melimpah masuk ke dalam rumah hingga ke paras paha.

“Memang agak terkejut sebab kawasan rumah ini tidak pernah banjir beberapa tahun lepas.



“Memanglah sedih bila rumah kena banjir dan majlis kahwin terpaksa dihentikan tetapi ia kenangan, saya akan beritahu kepada anak dan cucu nanti,” katanya kepada Bernama pada Isnin.

Muhammad Adib Fikri berkata, beliau dan ahli keluarga membuat keputusan untuk membungkus hidangan majlis kenduri dan memberikannya kepada jiran dan orang kampung.

“Agak terkilan tidak dapat bertemu rakan-rakan dan saudara mara ketika majlis perkahwinan tetapi banjir ini memang satu perkara yang tidak dijangka,” katanya.

Nur Fatin Liyana, pula berkata, beliau tidak dapat bertemu rakan-rakannya yang terkandas ekoran banjir besar melanda beberapa kawasan di Lembah Klang.



“Memang ada kawan-kawan dari negeri lain ingin datang ke majlis kami, tetapi ada yang terkandas dalam banjir dan banyak jalan ditutup,” katanya.

Sembilan daerah Selangor terkesan dengan bencana banjir iaitu Gombak, Hulu Selangor, Sabak Bernam, Petaling, Kuala Langat, Klang, Sepang, Kuala Selangor dan Hulu Langat dengan 108 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di negeri itu bagi menempatkan ribuan mangsa banjir. Sinar

Kenangan bersanding dalam banjir


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tahanan wanita dakwa dipaksa lakukan oral seks di balai polis

Sihir Pelalau, ini tanda jika anda terkena


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *