Aktor Taiwan beri RM302,000 kepada pembantu rumah

Aktor Taiwan beri RM302,000 kepada pembantu rumah

Taipei: Pelakon popular Taiwan, Chen Sung-Young yang meninggal dunia pada 17 Disember lalu dilaporkan memberi wang sebanyak 2 juta TWD (RM302,000) kepada pembantu rumah warga Indonesia, Yule yang dianggapnya seperti anak sendiri.

Chen yang popular pada era 1980-an menghembuskan nafas terakhir di Hospital Taoyuan Chang-Gung Memorial selepas bertahun-tahun melawan komplikasi pelbagai penyakit.

Pelakon itu memutuskan untuk bersara daripada bidang lakonan selepas kesihatannya semakin merosot pada 2000 dan kemudiannya mengalami angin ahmar pada 2006.

Dia juga memilih tidak berkahwin dan tidak mempunyai anak.

Beberapa tahun terakhir sebelum meninggal dunia, hubungannya semakin akrab dengan Yule dan sudah menganggap wanita itu sebagai anak sendiri.

Sebelum meninggal dunia, dia berjanji memberikan kehidupan terbaik untuk Yule yang menjaganya dengan baik selama ini.

Chen juga dilaporkan pernah menghadiahkan sejumlah perhiasan emas bernilai 1.2 juta TWD (RM180,000) kepada Yule.

Dia berbuat demikian supaya pengasuhnya dapat membeli tanah dan membina perniagaan apabila dia pulang ke Indonesia.

Pelakon kebanggaan Taiwan itu memulakan kerjayanya pada 1970 dengan membintangi pelbagai drama dan filem popular selama beberapa dekad.

Ia termasuk filem Hong Kong, Fong Sai-yuk lakonannya bersama Jet Li.

Dia diberi penghargaan untuk drama sejarah Taiwan berjudul A City of Sadness yang diarahkan Hou Hsiao-hsien pada 1989. HM

Aktor Taiwan beri RM302,000 kepada pembantu rumah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Muak menunggu NADMA, ATM turun bantu mangsa banjir

Lokasi nahas pesawat MH370 di Kemboja?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker