Apa Agenda Tommy Thomas

SEMALAM Mahkamah Sesyen Seremban telah membenarkan permohonan pasukan pendakwaan untuk membatalkan dua pertuduhan memiliki item berkaitan kumpulan pengganas, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P. Gunasekaran.

Tiada sebab diberikan oleh pihak pendakwa yang menarik balik pertuduhan tersebut.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua sebelum ini, Gunasekaran didakwa memiliki item berkaitan LTTE di pejabat dan kediamannya.

Gunasekaran yang tidak hadir ke mahkamah, diwakili barisan empat peguam dengan diketuai RSN Rayer yang juga Ahli Parlimen Jelutong.

Hadir sama mendengar keputusan itu ialah Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran yang juga Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan.

Sebelum ini Gunasekaran yang juga Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, telah dituduh di Mahkamah Sesyen Melaka pada 29 Oktober lalu kerana memberi sokongan kepada LTTE dan dua hari kemudian dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan tambahan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mendesak Tommy Thomas meletakkan jawatannya sebagai Peguam Negara kerana dilihat tiada kredibiliti dalam menjalankan tugas penting negara itu.

Beliau merujuk kepada kelewatan perbicaraan kes anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim meskipun setelah lebih sebulan Mahkamah Koroner Shah Alam mengesahkan bahawa Allahyarham mati dibunuh.

“Adakah siasatan polis masih belum lengkap atau pihak Peguam Negara sendiri sengaja melengahkan pendakwaan tersebut seolah-olah menggambarkan beliau sendiri mempunyai agenda berkepentingan dalam kes ini,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook beliau.

Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker