Krisis Man U, ramai bintang mahu tinggalkan kelab

LONDON: Marcus Rashford mengejutkan penyokong Manchester United apabila dikatakan mahu meninggalkan Old Trafford untuk menyertai gergasi Sepanyol, Barcelona.

Kelab kaya Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) juga dikatakan berminat mendapatkan khidmat penyerang England berusia 24 tahun itu.

Kontrak Rashford bersama United hanya tinggal 18 bulan, dan pemain itu kecewa kerana sering gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan musim ini.

Laporan dari Jerman bahawa United satu-satunya pasukan yang serius mahu mendapatkan bintang Borussia Dortmund, Erling Haaland menyebabkan keadaan semakin tidak menyeronokkan.

Penyerang muda England, Mason Greenwood, 20, juga dikatakan mencari ‘jalan keluar’ jika United membawa masuk Haaland, apatah lagi pemain itu sudahpun kecewa dengan kehadiran Cristiano Ronaldo yang menyebabkan dia sering diketepikan daripada kesebelasan utama.

Selain itu, Newcastle United juga serius mahu menjadikan penyerang Perancis, Anthony Martial sebagai pemain mereka bulan depan.

Mereka sanggup membayar yuran pinjaman yang besar sekitar 6 juta pound (RM33.53 juta) untuk menggoda penyerang United itu ke St James’ Park.

Martial, 26, sedar dia perlu meninggalkan Old Trafford jika mahu mendapatkan minit permainan lebih banyak, malah selain Newcastle, Juventus turut menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmatnya.

The Magpies memiliki wang untuk dibelanjakan, namun mereka bergelut mahu membawa masuk nama-nama besar kerana kelab tersebut berisiko jatuh ke Liga Kejuaraan musim depan.

RONALDO KEMBALI KE MADRID?

United juga dikejutkan dengan laporan Real Madrid bersedia membawa pulang Ronaldo ke Santiago Bernabeu musim depan.

Bintang Portugal itu meledak 450 gol daripada 438 perlawanan bersama Real sepanjang sembilan tahun menyarung jersi kelab Sepanyol tersebut.

Menurut laporan Football Insider, Real sedia mendapatkan pemain berusia 36 tahun itu hanya tiga tahun setengah selepas dia meninggalkan Madrid untuk menyertai Juventus.

Laporan itu turut menyebut, pengurus sementara United, Ralf Rangnick sedia membuka pintu untuk membenarkan Ronaldo meninggalkan Old Trafford. – AGENSI

Krisis Man U, ramai bintang mahu tinggalkan kelab


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Banjir Lembah Klang: Ini masanya kami balas budi, ‘biar jasa jadi kenangan’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker