Sumpah Laknat Punca Bencana Banjir – Netizen

Sebaran :

Oleh Nurul Aisyah

INSAN yang teraniaya doanya sangat makbul apatah lagi sumpah laknatnya. Apabila kita berada dalam keadaan yang tidak berdaya dianiaya dengan sangat teruk maka hanya Allah s.w.t sahaja akan jadi tempat kita bergantung.

Umum tahu bagaimana Datuk Seri Najib Tun Razak telah difitnah dan dianiaya dengan sangat dahsyat sehingga tidak terjangkau akal fikiran kita. Dalam perkara ini, beliau dilihat mengambil jalan melafazkan sumpah laknat apabila beliau dianiaya dan gerak langkah beliau dikekang dari semua segi untuk mempertahankan diri serta bagi membersihkan nama baik beliau.

Setelah DS Najib melafazkan sumpah laknat, kita dapat melihat bagaimana Malaysia bertukar Perdana Menteri sebanyak tiga kali dalam satu penggal. Kini kita sedang diuji dengan banjir yang sangat dahsyat. Hujan lebat yang berterusan dalam tempoh 24 jam sejak lewat malam Jumaat menyamai jumlah taburan purata hujan di Lembah Klang untuk tempoh sebulan dan ia umpama fenomena yang berlaku setiap 100 tahun sekali.



Ironinya, kawasan yang dilanda banjir teruk kali ini bukan merupakan “hotspot” banjir. Perkara ini menyebabkan netizen membuat andaian bahawa musibah banjir ini merupakan balasan atas sumpah laknat individu yang dianiaya dengan sangat kejam oleh mereka yang mempunyai kepentingan politik tahap tinggi. Tambahan pula Selangor juga bukan negeri banjir sepertimana Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Menurut sumber, apabila sumpah laknat dilafazkan, hanya Allah yang tahu kesannya. Antara yang mungkin boleh berlaku seperti kematian secara mengejut atau sakit berpanjangan atau lain-lain. Sumpah biasa sekalipun, kalau tidak benar, ia sudah merupakan satu dosa besar dan orang yang berdusta perlu bertaubat. Mubahalah tentunya lebih serius kerana ia bermaksud laknat Tuhan iaitu dijauhkan daripada rahmat Tuhan. Jadi bila kita dijauhkan daripada rahmat Tuhan, rahmat siapa lagi yang kita harapkan? Dalam mubahalah, kita dijanjikan dengan balasan laknat. Ia boleh berlaku dalam pelbagai bentuk iaitu laknat Allah, laknat Nabi dan laknat para mukminin. Maknanya sumpah itu meminta pihak yang berkenaan dijauhkan daripada rahmat Tuhan.

Manusia dinaungi rahmat Tuhan dan Tuhan memberikan rahmat kepada sesiapa yang dikehendakinya. Dalam sumpah laknat, rahmat itu akan dijauhi daripada orang yang berdusta.

Baru-baru ini Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sekali lagi mengulangi lafaz sumpah laknat sebagai menyatakan beliau tidak bersalah di atas tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana SRC International Sdn Bhd (SRC). Beliau menyatakan rasa kecewa di atas keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta terhadapnya.Dalam masa sama, Najib telah mengarahkan pasukan peguamnya untuk mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.



Pada tahun 2019, DS Najib melafazkan sumpah laknat di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur, menafikan pembabitannya dalam pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaaribu. Dalam kenyataan sumpah laknat tiga perenggan itu, Najib turut menafikan bahawa beliau mengenali Altantuya malah langsung tidak pernah berjumpa dengan wanita berkenaan. Malah, beliau bersumpah tidak pernah mengeluarkan arahan membunuh Altantuya dan jika berdusta maka laknat Allah SWT menimpa dirinya.

[videopress bPzReRfr]

NAJIB melafazkan sumpah laknat di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur

Sebelum melafazkan sumpah itu, Najib terlebih dahulu memaklumkan bahawa ia bertujuan membersihkan namanya yang didakwa terbabit memberi arahan pembunuhan Altantuya sebagaimana akuan bersumpah (SD) yang dibuat salah seorang suspek yang sebelum itu berada di Penjara Kajang yang juga bekas pegawai di Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia, Azilah Hadri. Sumpah itu adalah kali ketiga dibuatnya iaitu yang pertama di Ijok, Selangor pada 2007 dan kali kedua di Guar Perahu, Pulau Pinang pada 2008.



Samada bencana banjir merupakan kesan dari sumpah laknat, hanya Allah s.w.t sahaja maha mengetahui. Apa yang penting, tanamkan dalam diri kita, jangan sesekali menganiaya individu yang lain kerana kita tidak mahu rahmat Allah s.w.t jauh dari kita.

Artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak mewakili Mykmu.net


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *