Glasier ‘kiamat’ di Antartika mencair lebih pantas

Sebaran :

Gambar menunjukkan pemandangan satelit di Antartika dengan glasier Thwaites bertanda merah.

NEW ORLEANS, LOUISIANA – Sekumpulan pakar glasier memberi amaran berkenaan pencairan glasier Thwaites di Benua Antartika yang dilihat berlaku lebih pantas daripada yang dijangkakan, lapor laman berita The Guardian semalam.

Pakar-pakar tersebut terkejut setelah mendapati bongkah ais Larsen B seluas 3,250 kilometer persegi dan setebal 200 meter di kawasan glasier Thwaites mengambil masa hanya sebulan untuk cair sepenuhnya.

‘’Ia mengejutkan kerana bongkah ais gergasi itu cair begitu sahaja. Ia roboh seperti tembok dan pecah seperti ratusan ribu batu bata,’’ kata salah seorang daripada mereka.

Minggu ini, beberapa saintis mengadakan pertemuan di New Orleans dan memberi amaran bahawa sesuatu yang lebih membimbangkan sedang berlaku di lembangan ais Antartika Barat.



Penyelidikan selama bertahun-tahun oleh pasukan penyelidik Britain dan Amerika Syarikat menunjukkan bahawa retakan dan rekahan besar telah berlaku diatas dan dibawah glasier Thwaites, salah satu glasier terbesar di dunia.

Sebahagian daripada keretakan itu dikhuatiri runtuh dalam tempoh lima tahun akan datang atau kurang.

Saiz Thwaites menjadikan Larsen B kelihatan seperti bongkah kecil. Glasier bersaiz kira-kira 100 kali ganda lebih besar dari negara Britain itu mengandungi isipadu air yang cukup untuk menyebabkan paras air laut dunia meningkat lebih setengah meter.

Ia menyumbang kira-kira 4 peratus kenaikan paras laut tahunan di seluruh dunia dan telah dipanggil glasier paling penting dunia, termasuk ‘glasier kiamat.’ Kajian satelit menunjukkan glasier itu  mencair jauh lebih cepat daripada yang berlaku pada tahun 1990-an. – Agensi



Glasier ‘kiamat’ di Antartika mencair lebih pantas


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dalam banjir bisnes ketum tetap jalan


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *