Banjir: Lelaki ditemui lemas di Kampung Baru Lanjut

SEPANG – Seorang lelaki yang baharu sahaja mendirikan rumahtangga 12 Disember lalu ditemui lemas di sebuah tali air berhampiran Desa Salak Pekerti, pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Syafiq Saharuddin, 26, yang juga pegawai operasi di bahagian pengurusan pelanggan di Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB).

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, mayat mangsa ditemui seorang penduduk kira-kira pukul 11 pagi dalam keadaan terapung di sebuah tali air di Taman SP 18, Desa Salak Pekerti.

Beliau berkata, pemeriksaan tubuh badan mangsa dapati tiada unsur-unsur jenayah dan dipercayai mati lemas.

“Sebelum itu, ahli keluarga mangsa sudah melaporkan kehilangan mangsa pada Ahad lalu di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi.

“Menurut adiknya, mangsa kali terakhir dilihat ketika meredah banjir untuk mengambil barang rumah di Kampung Baru Lanjut di sini, yang pada ketika itu air berada pada paras dada,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk ujian calitan Covid-19 dan bedah siasat. – K! ONLINE

Banjir: Lelaki ditemui lemas di Kampung Baru Lanjut


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dalam banjir bisnes ketum tetap jalan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker